Pages

Hiburan: ‘Tips Ini Adalah Mitos’ – Dr Amalina Bidas Petua Lawan Covid-19 Menteri Kesihatan

Hiburan: March 21, 2020 at 03:07AM

Sejak jangkitan wabak Covid-19 semakin meruncing, pelbagai petua pemakanan kononnya dapat mengelakkan jangkitan ini tersebar di laman sosial. Dalam satu rancangan bual bicara, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba tidak ketinggalan memberi petua minum air suam yang dikatakan mampu membunuh virus itu. Sejauh manakah kebenarannya?

Diperkatakan di Twitter

Seorang pengguna memuatnaik sedutan dari rancangan bual bicara berkenaan di mana Dr Adham menerangkan kepada hos untuk meminum air masak terutamanya air suam untuk menyahkan virus berkenaan. Tambahnya lagi, ketika masuk ke perut, virus itu akan mati dicernakan asid perut.

Tidak disarankan dan tidak ada bukti

Dr Amalina Bakri kemudiannya memberi respon berkenaan video itu dengan mengatakan dakwaan tersebut tidak disarankan dan tidak mempunyai bukti. Dia menambah orang ramai dinasihatkan mengikuti nasihat Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ini adalah mitos

WHO turut sangkal

WHO menerusi Twitternya turut menafikan tips yang telah tersebar sebelum isu ini bangkit. Menurut infografik, walaupun untuk kekal hidrat penting untuk kesihatan, namun minum air sahaja tidak cukup untuk mengekang virus ini. Pertubuhan itu menasihatkan orang ramai untuk ke pusat kesihatan jika mempunyai tanda-tanda seperti batuk, demam dan kesukaran bernafas.

Sumber: Dr Amalina Bakri, WHO



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular