Hiburan: March 10, 2020 at 07:30AM
Coronavirus telah masuk gelombang kedua dengan menyaksikan angka pesakit juga semakin meningkat. Perkara ini membimbangkan ramai pihak. Oleh demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama DoctorOnCall melancarkan portal Khidmat Nasihat Virtual untuk menangani kerisauan masyarakat terhadap wabak COVID-19.
Cara semak status kesihatan
Portal ini merupakan inisiatif secara percuma dari pihak kerajaan kepada rakyat Malaysia. Anda juga dapat mengetahui status dengan melakukan ujian saringan ini secara online hanya klik pautan doctoroncall.
Anda dikehendaki mengisi beberapa butiran tahap kesihatan terlebih dahulu sebelum mengetahui status risiko terhadap jangkitan tersebut.
Tahap kesihatan anda
Sekiranya anda baru sahaja pulang dari luar negara, dinasihatkan untuk tidak terus ke fasiliti kerajaan. Sebaliknya, anda disaran untuk mendapatkan nasihat kesihatan terlebih dahulu melalui virtual health advisory atau Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) hotline.
Pernah berkunjung ke tempat berisiko?
Sementara itu, anda juga perlu mengesahkan sama ada pernah berkunjung ke luar negara yang berisiko penularan wabak COVID-19. Hal ini adalah bagi membantu pengesahan status wabak berisiko ini terhadap diri anda.
Status kesihatan anda
Setelah selesai mengisi maklumat diri mengenai kesihatan, anda akan mendapat status wabak COVID-19 secara lanjut. Walaubagaimanapun, anda juga dinasihatkan untuk mengamalkan langkah pencegahan yang telah dinyatakan sebagai panduan kesihatan dan kebersihan diri.
Jadi, anda ditegaskan sekali lagi untuk anda menyemak status kesihatan anda melalui portal doctoroncall ini.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment