Hiburan: March 11, 2020 at 04:01AM
Menjadi youtubers di masa kini bukanlah perkara pelik, malah terlalu ramai yang menggilai hobi ini. Bukan sahaja sekadar hobi, namun boleh juga menjana pendapatan jika kandungan video tersebut menarik ramai orang menonton. Tak kurang juga suka membuat kandungan video yang melampau demi meraih tontonan.
Di facebook, seorang lelaki kongsi video pasangan Korea yang belajar bahasa melayu semata-mata untuk memesan makanan di restoran mamak. Rata-rata kagum dengan pasangan terbabit yang gigih belajar bahasa kita. Comel pun ada.
Cara order Nasi Kandar
Menerusi Youtube channel iChang, mereka belajar bahasa Melayu untuk memesan makanan di restoran mamak. Video berdurasi 10 minit itu menarik perhatian ramai yang rata-ratanya kagum dengan kesungguhan yang dipamerkan.
Saya suka tonton satu channel orang Jepun ni. Dia dan suami datang ke Malaysia. iChang nama channel ni. Banyak video jalan-jalan mereka di Malaysia. Dapat lah lihat sudut pandang orang luar terhadap budaya di Malaysia. Baru-baru ni ada tonton video pasal mereka order makanan di restoran mamak.
Youtuber Jepun ini belajar beberapa perkataan mudah bahasa Melayu untuk order makanan. Saya gelek ke bahagian komen. Tup, jumpa satu komen oleh orang Korea pada video iChang ini.
Hello bos!
Nah, ini barulah betul ikut pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Bahasa Melayu wajib setiap rakyat Malaysia fasih. Kalau tak fasih, kena la belajar fasihkan. Macam bekas Menteri Kewangan kita tu. Daripada linggit, boleh sudah cakap ringgit. How liau. Perpaduan bermula dengan bahasa yang sama-sama kita boleh berbual.
Pasangan ini turut berjaya memesan makanan di restoran mamak dengan cemerlangnya. Memang comel betul kalau tengok!
Hello bos! ayam bawang, peha, kubis, kuah campur campur. Terima kasih. – Isteri
Makan bos, daging hitam, ayam bawang peha. Kuah banjir, campur-campur. Kubis – Suami
Ramai puji
Sumber : Izham Alias, Youtube
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment