Hiburan: March 11, 2020 at 09:31AM
Video di muat naik selebriti Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang bertindak memaki hamun pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mendapat perhatian. Dia bertindak demikian apabila keretanya yang di parkir telah disaman pihak DBKL sedangkan mesin bayaran pakir di kawasan berkenaan rosak. Walaupun dia tidak memaki secara berhadapan dengan pegawai tersebut, pihak DBKL telah memberi respon berkenaan isu itu.
Maki hamun lepas kena saman
Dalam video tersebut, Diva AA memuat naik video memaki hamun penguatkuasa DBKL yang telah menyaman keretanya yang diparkir di kawasan letak kereta di Bangsar. Dia juga dilihat telah meninggalkan nota di cermin kereta dengan memberitahu meter parkir di kawasan tersebut telah rosak. Oleh sebab itu dia tidak dapat untuk membuat pembayaran.
Boleh bincang dengan elok
Saya pelik dengan Diva AA ini. Anggota kita menjalankan tugas. Ada ruang untuk Diva AA terbabit datang berjumpa Pegawai Kompaun dan masa itu ceritalah puas-puas apa sebenar berlaku.
Negara kita bukan negara komunis. Semua rakyat berhak dan diberi hak untuk bersuara, mendapatkan hak adil walaupun melakukan kesilapan.
Janganlah oleh kerana kita terkenal dipuja orang kita boleh sesuka hati memaki hamun anggota perkhidmatan PBT
Menurut laporan Harian Metro, Pengerusi Kesatuan Sekerja Anulae DBKL, Zakaria Abdullah amat kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh Azwan Ali. Baginya, sebagai seorang yang cukup dikenali, Diva AA tidak seharusnya berpelakuan sebegitu dan perlu mengikut prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan hidup. Selain itu, isu berkenaan seharusnya diselesaikan secara berhemah.
Isu lama baru nak bersuara
Kenapa saya dah maki berbulan-bulan, baru DBKL terhegeh-hegeh nak berikan maklum balas. Video itu episod pertama dua bulan lalu. Baru sekarang nak bertindak?
Bagi saya isu DBKL bukan perkara baru kerana kebanyakan mesin bayaran parkir di Bangsar sering rosak.
Sementara itu, Azwan yang dihubungi berkata, tindakan yang dilakukannya itu berasas dan bukan kosong. Isu ini sudah lama disuarakan olehnya dan baru kini DBKL membuat maklum balas. Azwan mengakui tidak hairan sekiranya ada mana-mana pihak mahu mengambil tindakan terhadapnya. Menurutnya, dia bangga kerana tindakannya ini mendapat sokongan ramai pihak yang sudah lama bersabar dengan kerenah DBKL.
Sumber: Harian Metro
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment