Hiburan: March 20, 2020 at 03:42AM
Gara-gara ingkar dengan arahan pihak kesihatan untuk menjalani ujian saringan Covid-19 dan kuarantin 14 hari di Hospital Labuan, Jabatan Kesihatan Labuan terpaksa menggunakan khidmat dari pihak polis untuk menahan seorang lelaki warga emas. Menurut laporan Harian Metro, lelaki tersebut merupakan kontak pertama anaknya yang menghadiri perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling.
Polis jemput ke hospital
Sebelum ini, rakaman penahanan lelaki tersebut turut tersebar di media sosial. Lelaki tersebut yang berusia 68 tahun yang enggan menjalani ujian saringan Covid-19 telah memaksa polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan untuk 'menjemputnya' di rumahnya di Taman Mutiara, Sungai Beduan, Bebuluh, Labuan.
Enggan beri kerjasama sebelum ini
Pada 17 Mac lalu, warga emas itu diarah hadir secara sukarela tetapi dia tidak mengendahkan arahan, sebelum sepasukan petugas perubatan ke rumahnya untuk membawa lelaki itu. Ketika itu dia juga enggan memberi kerjasama menyebabkan polis dihubungi untuk bantuan.
Seorang pegawai dan dua anggota polis memberi bantuan kepada pihak hospital dan menggunakan kekerasan secara minimum seperti peruntukkan Seksyen 15(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Menurut Ketua Polis Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad, pihaknya datang ke rumah lelaki berkenaan selepas siasatan pihak Hospital mendapati anak lelakinya yang sedang kuarantin di hospital tinggal serumah dengannya. Tambahnya lagi, lelaki tersebut telah diserahkan kepada pasukan perubatan bagi saringan ujian Covid-19 dan perintah kuarantin 14 hari di hospital.
Sumber: Harian Metro, Zaharin Mohd Yasin
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment