Hiburan: April 9, 2020 at 07:36AM
Seorang pesakit Covid-19 iaitu Allahyarham Noornadiah Nazirah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 9.42 pagi tadi. Allahyarham Noornadiah Nazirah dilaporkan meninggal dunia di Sarawak General Hospital.
Kakak dan sepupu kepada mangsa memaklumkan perkara tersebut di laman Facebook. Rata-rata kenalan rapat dan keluarga mendoakan kesejahteraan Noornadiah di sana.
You're no doubt the best daughter for our parents
Kakak kepada mangsa iaitu Noornajwa Nabilah memaklumkan berita pemergian adiknya itu di laman Facebook. Adik perempuannya itu telah menghembuskan nafas pada jam 9.42 pagi. Mereka sekeluarga turut mengucapkan terima kasih buat sesiapa sahaja yang mendoakan kesejahteraan adiknya.
Ucapan terima kasih juga diberikan kepada doktor di Sarawak General Hospital kerana telah menjaga dan merawat arwah sepanjang berada di sana. Difahamkan arwah telah bertarung nyawa selama 11 hari di ICU.
Assalamualaikum… Dukacita dimaklumkan adik kmk, Memet, Noornadiah Nazirah dah pergi menghadap Ilahi pagi tok dalam pukul 9.42 pagi tadi. Doakan adik kmk ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Kmk sekeluarga nak ucapkan terima kasih banyak-banyak bagi yang dah doakannya. Minta maaf mun adik kmk ada salah silap atau terhutang dengan ktk orang. Sila bagitahu.
Terima kasih juak kepada doktor-doktor yang dah jaga dan rawat adik kmk, especially SGH ID doctor & team, also to Dr. Nariman and team and Dr. Wong. Thank you so much for taking care of my sister till her last breath.
Memet, terima kasih for everything. Just so you know, you're no doubt the best daughter for our parents and the best sister Kak Jua dan Kilah have ever had. Semoganya tenang di sana. Allah lebih sayang Memet. We love you so much, Memet. Thanks for being very strong in ICU for 11 days.
Dia tak pernah tinggal solat, lemah-lembut
Sementara itu, sepupu kepada arwah Noornadiah Nazirah turut meluahkan rasa sayu atas pemergian mangsa yang sudah bertarung dengan Covid-19. Arwah juga disifatkan sebagai seorang yang baik, lemah-lembut dan suka membantu orang dalam kesusahan.
Assalamualaikum untuk semua cousin kmk memet atau Noornadiah Nazirah telah kembali ke rahmatullah pada 9.42 pagi tadi. Minta sedekahkan Al-Fatihah buat beliau moga beliau ditempatkan di syurga yang terindah
Pedih rasa, nang pedih. Dari kecik sampe besar kmk. Orang bersama. Suka duka bercerita sesama diri pun. Anak syurga Waa kmk tok. Nya tak pernah tingal solat, lemah-lembut tutur kata, ringan tulangnya tol semua orang. Anak yang solehah. Anak yang sentiasa disayang kmk orang semua. Kazen kmk orang yang paling happy ya Allah. Masukkan Noornadiah Nazirah di syurga mu yang terindah. Maafkan segala salah silap memet.
Kak Ayu selalu nunggu memet bangun. Tapi Allah lebih sayangkan memet. Memet dah penat nak. Diam kat hospital ya. Sakit nak masuk air dalam badan. Okay memet rehat. Rehat di taman syurga yang Allah dah sediakan untuk memet.
Kelak habis semua virus tok. Kakak ngabas kubur ok. Senyuman ktk akan kmk orang ingat sampe bila-bila. Covit-19 fighter.
Semestinya ahli keluarga mangsa akan sentiasa mendoakan kebahagiaan Noornadiah di syurga sana. Al-Fatihah.
Sumber: Noornajwa Nabilah, Ayuee Yun
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment