Hiburan: April 9, 2020 at 04:39AM
Kekurangan peralatan perlindungan diri (PPE) antara kekangan yang perlu dihadapi petugas barisan hadapan sejak penularan wabak Covid-19. Oleh itu, ada diantara petugas yang sanggup bekerja lebih masa demi menghasilkan sendiri alat perlindungan tersebut.
Demi meringankan beban tersebut, para banduan dari Penjara Kajang, Selangor dan beberapa penjara yang lain turut ditugaskan mengendalikan tempahan peralatan perlindungan buat negara.
Penghasilan PPE sentiasa berjalan
Sebak hari ini dapat bersama memberi semangat pada warden dan banduan Penjara Kajang. Ribuan baju PPE dihasilkan oleh banduan diajar oleh Pegawai penjara. Penghasilan PPE sentiasa berjalan. Pegawai dan kakitangan penjara sentiasa bekerja disini. Allahuakbar. Tiada cuti. Saya hantar sedikit sumbangan dan insyaAllah akan hantar 3 mesin basuh saiz besar 24kg untuk memudahkan urusan ini. Semoga Allah terima semuanya. Semoga Allah sampaikan pahala ini buat mak ayah yang kita semua cintai.
Menerusi Facebook Ustaz Ebit Lew, dia telah berkunjung ke Penjara Kajang bagi memberikan semangat kepada pihak berkuasa dan para banduan yang terlibat dalam penghasilan pakaian keselamatan tersebut. Tambahnya, dia sangat sebak apabila mengetahui para banduan di situ tidak pernah cuti dan bekerja sepanjang masa untuk menghasilkan PPE.
Melahirkan manusia takwa
Pengarah Penjara Kajang. TKP Abdul Halim baik sangat. Terharu. Di Facebook selalu share tentang dakwah saya. Katanya menangis tengok pakcik di jambatan ustaz bawa balik. Terharu ustaz. Tuan Hj Abdul Halim sebak menangis. Allahuakbar. Banyak lagi kerjasama saya sedia bersama membantu penghuni penjara untuk lebih dekat pada Allah dan menjadi manusia yang baik.
Semoga Allah rahmati Penjara Kajang dan semua penjara menjadi macam universiti, madrasah,dan tempat melahirkan manusia takwa. Syukur dapat bersama usaha dikala covid 19 melanda. Saudaraku disebalik ujian ada rahmat.
Di samping itu, Ustaz Ebit turut memberi sedikit sumbangan kepada pihak penjara tersebut. Beliau turut meluahkan perasaan gembira kerana dapat meluangkan masa berborak dengan Pengarah Penjara Kajang semasa berkunjung ke sana. Sebelum melangkah keluar dari penjara tersebut, Ustaz Ebit turut berharap darjat para banduan ini diangkat kerana mereka bekerja keras sepanjang tempoh musibah yang sedang melanda seluruh dunia.
12 penjara bantu menjahit
Menurut laporan Bernama, sebanyak 12 penjara di seluruh negara terlibat dalam menghasilkan peralatan perlindungan diri (PPE). Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said semua bengkel jahit penjara yang terlibat juga akan memberi keutamaan kepada pembuatan PPE memandangkan keperluann tersebut diperlukan segera.
Tindakan ini sebagai inisiatif Jabatan Penjara untuk membantu meringankan beban kerajaan dalam isu menangani COVID-19, selain mengurangkan risiko yang dihadapi petugas barisan depan khususnya kakitangan kesihatan. Kita berterima kasih kepada usaha yang ditunjukkan penghuni penjara yang bertungkus-lumus setiap hari memastikan bekalan PPE mencukupi dan proses ini juga dilakukan secara sukarela oleh penjara terlibat.
Tambahnya, usaha yang dilakukan oleh pihak penjara itu mendapat sokongan daripada kerajaan negeri masing-masing. Pihak kerajaan negeri turut menyumbang bahan selain berperanan mengagihkan PPE yang sudah siap ke hospital yang memerlukan. Di samping itu, beliau turut berharap para banduan akan menggunakan kemahiran menjahit yang dipelajari dalam penjara supaya mereka mampu mencari sumber pendapatan dan memulakan kehidupan baru kelak.
Sumber: Ustaz Ebit Lew & Bernama
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment