Hiburan: April 10, 2020 at 04:31AM
Di Amsterdam, seorang pesakit tertua berumur 107 tahun berjaya sembuh selepas dijangkiti wabak Covid-19. Dailymail melaporkan Cornelia Ras mula dijangkiti virus selepas menghadiri upacara gereja dengan beberapa orang penghuni lain pusat penjagaannya di Goeree-Overflakkee, sebuah pulau di barat daya.
Cornelia Ras dan 40 yang lain disahkan positif virus pada pertengahan bulan Mac.
12 rakan meninggal dunia
Foto: Dailymail
Lapor Dailymail lagi, 12 orang daripada kumpulannya telah meninggal dunia namun Ras dimaklumkan doktor pada Isnin lalu bahawa dia telah pulih sepenuhnya.
Anak saudara, Maaike de Groot memberitahu kepada pemberita mereka tidak menyangka nenek saudaranya itu berjaya mengharungi wabak maut ini.
Dia tak ambil sebarang ubat-ubatan. Dia masih boleh berjalan dengan baik. Malah, setiap malam dia berlutut bersyukur kepada Tuhan. Melihat kepada keadaan kesihatannya, dia masih boleh berbuat sedemikian.
Memetik laporan Berita Harian, WHO memantau sepenuhnya jumlah kes yang berlaku di seluruh dunia. Namun, usia sebenar beberapa pesakit pulih yang lain tidak diketahui.
Bukan satu-satunya pesakit lebih 100 tahun yang sembuh
Foto: Dailymail
Kami tidak menerima apa-apa maklumat pesakit yang lebih tua.
Tetapi pada masa itu, dia kemungkinan besar akan menjadi yang tertua.
Menurut WHO lagi, setakat ini Ras bukanlah satu-satunya pesakit melebihi umur 100 tahun yang berjaya pulih. Sebelum Ras, ada seorang lelaki berusia 104 tahun dari Oregon, wanita 101 tahun dari Capelle aan den IJssel dan seorang lelaki berusia 103 tahun dari Steenbergen turut berjaya sembuh.
Sumber : Dailymail, Berita Harian
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment