Hiburan: April 22, 2020 at 08:15AM
Belum reda lagi isu topeng muka bocor, nama Datuk Seri Aliff Syukri kembali hangat diperkatakan di media sosial. Aliff sekali lagi didakwa menipu semasa membuat promosi produk kurus miliknya menerusi Live di Instagram.
Dalam video tersebut, Aliff berkongsi dengan penonton tentang minuman yang diambil untuk kurus. Bagaimanapun, dapat dilihat dengan jelas dia tidak meletakkan bahan minuman tersebut di dalam cawannya kerana 'sachet' tersebut diikat dengan getah.
Netizen dakwa Aliff kantoi menipu lagi, tak berani minum produk sendiri
Rata-rata netizen mempertikaikan tindakan Aliff ingin menjual produk sendiri tetapi tidak berani menggunakannya. Ada juga yang menganggap mungkin usahawan itu "pura-pura kurang bijak" untuk meraih publisiti murahan demi melariskan lagi produknya.
Tidak pasti apa perasaan Aliff ketika melakukan perkara begini. Kalau netizen kritik kata sengaja mencari kesalahannya pula. Apa-apa pun, harapnya dia ada penjelasan kukuh disebalik tindakannya itu.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment