Pages

Hiburan: Alvin Chong Tak Kisah Emma Maembong ‘Unfollow’ Di Instagram

Hiburan: April 21, 2020 at 10:10AM

Umum mengetahui pelakon dan penyanyi Alvin Chong dan Emma Maembong bersahabat baik.

emma maembong unfollow alvin chong

Bagaimanapun, baru-baru ini timbul gosip mengatakan hubungan mereka sudah renggang selepas Emma dilihat tidak lagi mengikuti Alvin di akaun Instagram. Ramai yang ingin tahu apakah yang terjadi antara mereka?

Tampil menjelaskan apa yang berlaku dan menjawab persoalan berkaitan spekulasi tersebut, Alvin memberitahu mengatakan bahawa Emma sudah lama 'unfollow' semua orang di Instagram dan itu adalah haknya untuk berbuat demikian. Pada Alvin, persahabatan tidak sepatutnya dinilai melalui laman sosial semata-mata.

emma maembong unfollow alvin chong

Emma memang dah lama unfollow semua orang, bagi saya itu adalah haknya. Persahabatan saya dan Emma tidak boleh di ambil kira berdasarkan laman sosial.

Jelas Alvin, hubungannya dengan aktres itu masih lagi baik dan mereka kerap berhubung seperti biasa sebagai rakan meskipun Emma sudah berkahwin.

emma maembong unfollow alvin chong

Kami ada sahaja berhubung seperti biasa sebagai rakan, apa yang dia nak buat dalam talian adalah haknya. Tak semestinya kami tidak berkawan kalau dia tak follow saya pun.

Bila dah kahwin, tidak semestinya kita harus "buang" sahabat yang rapat serta pernah susah senang bersama. Tidak 'follow' di sosial media juga tidak bermakna hubungan seseorang itu bermasalah atau renggang.

Sumber Berita : mStar Online



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular