Hiburan: April 21, 2020 at 08:40AM
Sering kelihatan mesra dan meluangkan masa bersama, sehingga hari ini status ubungan penyanyi Bella Astillah bersama bekas suaminya Aliff Aziz masih menjadi tanda tanya. Timbul gosip mereka bakal rujuk semula tetapi kedua-dua belah pihak tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Terbaru, Bella menerusi akaun Instagramnya memuat naik perkongsian yang seakan memberikan petunjuk bahawa dia sudah berkahwin. Eh, betul ke?
Memuat naik foto buah pisang dan avocado yang bersempena kempen kesedaran kanser payudara, setiap buah itu mempunyai maksud yang tersendiri. Untuk makluman, buah pisang mewakili status seseorang itu sudah berkahwin dan avocado sudah dimiliki.
Menjawab segala persoalan, Bella dilihat tidak menafikan atau mengaku bahawa dia telah kembali berkahwin.
Ramai yang tertanya-tanya tentang hubungan kami, saya hendak merahsiakan atau menipu tetapi biarlah biarlah masa yang menentukan. Doakan yang baik-baik. Terpulang kepada andaian masing-masing.
Terdahulu, Bella berkata perpisahan antara dia dan Aliff banyak mengubah bekas suaminya menjadi orang yang lebih baik dan kini semakin matang. Malah, dia sendiri tidak pernah membenci lelaki itu.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016, namun bercerai pada 16 Mei tahun lalu.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment