Hiburan: April 23, 2020 at 02:49AM
Selepas mengecam dan mempersoalkan kredibiliti Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba susulan kenyataannya mengenai 500 negara di dunia, penyanyi rap Caprice baru-baru ini telah mengadakan pertemuan dengan menteri itu untuk memohon maaf.
Menurut Caprice, pertemuan itu dirasakan seperti bertemu dengan guru disiplin. Dia turut mengakui keterlanjurannya sebelum ini adalah disebabkan terlalu mengikutkan perasaan.
Bagaimanapun, pertemuan itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang beranggapan Caprice seolah mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika negara sedang memerangi penularan wabak COVID-19.
Kata netizen, Caprice boleh sahaja membuat panggilan video untuk meminta maaf, sedangkan Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri boleh sahaja berbincang mengenai hal negara yang lebih penting melalui sidang video.
Malah, ada yang mempersoalkan adakah rakyat boleh keluar sesuka hati untuk berjumpa dengan menteri? Ramai juga yang tertanya-tanya, bagaimana Caprice boleh bebas kesana kesini ketika PKP, adakah dia "kebal" dengan undang-undang?
Satu contoh yang tidak baik sebenarnya apabila seorang artis ataupun 'public figure' menunjukkan mereka boleh pula bebas keluar berjumpa sesiapa sahaja sedangkan rakyat mematuhi arahan PKP. Apa-apa pun, kami harap Caprice ada penjelasan yang kukuh disebalik tindakannya itu.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment