Hiburan: April 20, 2020 at 07:04AM
Costa Coffee Malaysia (dibawah naungan master franchisee Gapurna Permai Sdn Bhd) dan warga kerjanya telah mengumpul dan menyumbang wang tunai mereka sendiri sebanyak RM6,000.00 kepada Mercy Malaysia.
Tujuan sumbangan itu adalah untuk membeli peralatan bagi memastikan bekalan makanan keperluan mencukupi untuk komuniti-komuniti yang menghadapi masalah mendapatkan bekalan makanan.
Disamping itu, Costa Coffee dan warga kerjanya juga turut menyumbang makanan untuk gelandangan melalui Kechara Soup Kitchen. Mereka juga telah menghantar sumbangan makanan kepada pasukan perubatan di tiga buah hospital iaitu Hospital Sungai Buloh, University Malaya Specialist Centre dan juga Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Inisiatif yang dilakukan oleh Costa Coffee dan warga kerja mereka ini adalah kerana mereka memahami masalah yang dihadapi oleh gelandangan dan cabaran mencari makanan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Costa Coffee dan warga kerja mereka telah memilih untuk bersama-sama membantu di masa yang mencabar ini. Sebagai rakyat Malaysia dan warga kerja Costa Coffee serta sejajar dengan misi syarikat, komited dalam menyokong para pelanggan dan komuniti.
Mereka berharap sumbangan ini dapat membantu bukan sahaja kakitangan penjagaan kesihatan, 'frontliners' dan pasukan perubatan di hospital tetapi juga masyarakat yang memerlukan.
Pihak pengurusan syarikat juga amat menyokong dan menghargai usaha dan sumbangan yang dilakukan oleh kakitangannya dari peringkat bawahan, pengurusan kanan sehinggalah ke Ahli Lembaga Pengarah dalam membantu mereka yang memerlukan pada masa yang cukup mencabar ini.
Costa Coffee ingin mengucapkan terima kasih kepada semua `frontliners' dan semua `frontliners' dan semua yang terlibat dalam usaha memerangi pandemik ini.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment