Pages

Hiburan: Doktor Warga Malaysia Maut Di UK

Hiburan: April 25, 2020 at 07:01AM

Wabak Covid-19 telah meragut 196000 nyawa manusia di serata dunia. Di United Kingdom, sebanyak 143000 kes positif telah dilaporkan dan sebanyak 19506 pesakit telah terkorban. Antara mangsa yang terkorban angkara Covid-19 di UK ialah seorang doktor warganegara Malaysia.

Seorang yang berdedikasi

Mendiang juga sangat berdedikasi dalam hal menjaga serta merawat bayi dan keluarga mereka. Kematian Vish adalah sesuatu perkara yang di luar jangkaan dan memberi impak besar terhadap isteri, anak perempuannya dan bidang Neonatal.

Kita mesti mengingati setiap nilai murni yang disebarkan mendiang, semua visi dan sifat keberaniannya akan terus ditanam dalam hati. Moga tuhan merahmati Vish, berehatlah dengan aman

Harian Metro melaporkan, mangsa Dr R Visha bekerja di Hospital Kebajikan Wanita Birmingham sebagai seorang Pakar Perunding Neonatal. Menurut Ketua Eksekutif hospital, Sarah-Jane Marsh menyatakan bahawa Vish merupakan seorang doktor yang disayangi rakan sekerja dan mempunyai kemahiran tinggi.

Komited terhadapt kerja

Vish turut disayangi keluarga dan rakannya yang berada di Malaysia dan Trinidad.

Mendiang komited terhadap kerjanya, rakan sekerja pula dilihat sebagai ahli keluarga baginya.

Semua pesakit yang dirawat dan dilayan seperti ahli keluarganya, saya sangat bangga dengannya.

Di samping itu, isteri mangsa, Liza turut menyifatkan suaminya seorang bapa yang penyayang kepada anak meraka. Vish juga dikatakan seorang yang komited terhadap kerjanya dan semua pesakit yang dirawat akan dilayan seperti ahli keluarga sendiri.

Sumber: Harian Metro



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular