Pages

Hiburan: ‘Duit Dah Hantar Kampung’ – 30 Keluarga Pekerja Asing Di Tapak Pembinaan Putus Bekalan Makanan

Hiburan: April 8, 2020 at 03:50AM

Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew merupakan salah seorang sukarelawan yang turun padang membantu golongan tidak berkemampuan. Dalam Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang kehilangan sumber pendapatan dan tidak makan kerana ketiadaan wang.

Ustaz Ebit Lew bukan sahaja menghulurkan bantuan kepada golongan tempatan, malah keluarga dari Indonesia dan Bangladesh turut perhatian. Sebak!

Tinggal di tapak pembinaan

Menangis bila dengar 30 keluarga lapar dah putus bekalan makanan. Ada dengar seorang keluarga putus asa dan rasa macam nak mati cuba buat benda bukan-bukan. Sedih. Sebab mereka semua dah tiada gaji. Gaji hari kerja semua stop. Jadi dah tiada duit lagi. Kosong. Duit sebelum ni hantar balik kampung. Ada baby pampers dah habis. Takde duit dah nak beli. Ya Allah walau mereka dari jauh-jauh. Duduk di tapak pembinaan. Menangis tengok baby comel tu.

16 keluarga dari Indonesia

Saudara saya yang saya kasihi susah dari Indonesia dan Bangladesh. 16 keluarga dari Indonesia. Kerja buruh kasar begini. Syukur dapat hantar beras dan set barang dapur beserta mask untuk mereka. Ada seorang nama yayan sebak kerana katanya selalu dengar ceramah saya dari Indonesia lagi. Sebak dapat jumpa hari ini.

Ya Allah tuhanku. Sebak rasa hari ini. Hari ini 30 grab motor dan kereta hantar ke madrasah yang perlukan 100 kg beras seminggu, rumah orang tua, dan juga rumah asnaf-asnaf. Dah habis bekalan kami dalam 3 hari. InsyaAllah akan topup 1 lori 10 tan lagi. Doakan yer. Allahu. Ya Allah maafkanlah kami ya Allah. Tak dapat bantu semua.

CIMB 8603546376
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia

Sumber : Ustaz Ebit Lew



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular