Pages

Hiburan: ‘Emak Pergi Tinggalkan Kami’ – Kesusahan 4 Beradik Ditinggal Ibu Jaga Bapa Strok

Hiburan: April 17, 2020 at 03:10AM

Tidak dapat dibayangkan kehidupan yang perlu dijalani lelaki ini sekeluarga apabila dia ditakdirkan sakit strok dan hanya anak-anak yang berusaha memberi sesuap makanan. Anak sulung yang baru berusia 15 tahun dikatakan merantau ke Kuala Lumpur untuk bekerja.

Yang tinggal adalah adik-adik yang menjadi ketua keluarga menguruskan rumah dan bapa yang sakit. Kisah sedih ini dikongsikan pengguna Facebook, Yuniey Iluniey yang tampil menghulurkan bantuan barangan keperluan kepada mereka.

Anak-anak kecil

Allahuakbar hancur luluh hati ni. Sanggup seorang ibu meninggalkn anak-anak sekecil ni sedangkan husband dia kena strok (maaf saya tak boleh nak detailkan lagi maklumat sebab saya baru tahu dan esok saya akan pergi) selepas saya pergi then saya akan inform secara lengkap. Buat masa ni saya hanya tahu mereka tinggal di Kampung Mahligai. Anak dia ada 4 orang, yang sulung umur 14 dan dialah yang handle semua adik-adik dan jaga bapa dia.

Anak-anak masih kecil duduk dengan bapa yang kena strok. Insha Allah, esok kami datang ya bantu apa yang kami mampu, Ya Allah disaat anak-anak kita bermewah, banyak lagi anak-anak yang lain berduka. Terima kasih kak Siti Ridhuan kerana membuka tirai kesusahan dan kedukaan keluarga ni.

Hidup bersama ayah yang strok

NI DETAILS KELUARGA YANG VIRAL SEMALAM. Mintak tolong share agar yang mampu boleh memberi walaupun sedikit.

Salam sayu dan hiba dari saya. Bayangkan hidup hanya bersama ayah yang stroke. Emak pergi tinggalkan kami. Mengenangkan keluarga ini yang tak pernah terjangkau akal fikiran saya. Bila tau cerita dan dengar sendiri bagai disiat-siat hati dan perasaan ni sungguh koyak mentalku.

Abeli (ketua keluarga yg stroke). Mak mereka ade masalah personal so dia tinggalkan anak-anak dengan suaminya yang stroke. Anak yang sulung 15 tahun (terpaksa merantau ke Kuala Lumpur mencari rezeki walaupun terlalu muda). Tinggallah mereka 5 beranak. Yang menjadi ketua keluarga sekarang adalah anaknya yang umur 14 dan 13 tahun sudah saya sediakan video anaknya dalam posting sebab saya tak mampu tanya banyak.

Anak 2 tahun minum air gula

Anaknya yang kecil umur 2 tahun terpaksa minum air gula yang dicampurkan air mentah bila dengar yang ini mental sy barai bagai nak gila sy menangis. Yang umur 8 tahun dah pandai masak nasi. Goreng ikan smpai terkena minyak panas di dada dia. Sakitnya jiwa sy bila dengar.

Bila mana sy sampai suami sy keluarkan mainan yg kami bawa dari rumah, bila yg kecik dan kakak dia nampk mainan terus main dah tak hiraukan makanan junkfood yg kami belikan. Tiba-tiba dengar abeli bersuara 'dio tak pernah ade mainan tak pernah beli mainan sekalo gak dio main berus tandas buat jadi kereta'. Astaghfirullah airmata aku laju keluar baru kami faham kenapa dia begitu teruja nampk mainan.

Kampung beliau di Mok Lipah Mahligai Melor lokasi agak susah sebab ke dalam tapi boleh ws 01112720886 untuk sy send location. Bila saya masuk ke dapur pula ya allah remukk hati sy. Gelas hanya ade 1 shja. Dapur dia sy tak mampu rungkaikan boleh tengok kat gmbar. Pada sy beliau sangat2 memerlukan mesin air (coway) ataupun tak kira jenama apa kerana melihat dapur baru saya faham kenapa adik beliau terpaksa minum air mentah.

Dibantu NGO, jiran & saudara mara

Tolong sesiapa yang ada baju budak umur 14 tahun perempuan 13 tahun lelaki 8 tahun perempuan 3 tahun lelaki paling penting ni. Kelengkapan mandian berus gigi sabun shampoo jarang benar dpt merasa kerana abeli betul2 harapkan 300/sebulan tu cukup untuk barang keperluan makanan asas shja.

Rumahnya dah banyak dibantu oleh kerajaan dan ngo ketua kampung dan org kampung ada juga beri sumbangan. Tapi secara berterusan itu mana mungkin kerana family sanak saudara beliau juga terdiri dari org yg susah. Ayuh kita sama2 ringankan beban. Sekarang Yuni rase paling penting mesin air. Boleh sumbangkan ke acc Yuni kerana beliau pon tak boleh ambik duit di bank. DEMI ALLAH WALAU 1SEN PON YUNI AKAN SERAHKAN AMANAH KALIAN YUNI NAK KUMPULKAN UNTUK BELI MESIN AIR SECARA CASH BAIKI DAPUR DAN BILIK AIR SERTA KELENGKAPAN ASAS BIAR DIA MERASA HIDUP NORMAL WALAUPUN SUSAH.

No acc untuk bantuan sahaja tolong tulis bantuan ya dekat reference tu ( BANTUAN) boleh send pic dekat komen dibawah..

maybank – 553038596721 –
wan raliza iluniey (ACC BANTUAN) ikut kemampuan rm5/10 ke takpe asal ikhlas
TULIS BANTUAN YA..( ABELI)

Ya Allah permudahkanlah urusan kami untuk ringankan sedikit beban keluarga ini. Yuni saje letak tag sebab takut ada scammer yg ambik kesempatan. TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA KEPADA kak Siti Ridhuan kerana beliau yg bertanggung jawab penuh. Beliau dan suami lah yang membuka tirai kedukaan kisah nyata keluarga ni.

Sumber : Yuniey Iluniey



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular