Hiburan: April 12, 2020 at 09:50AM
Hati ibu bapa mana yang tidak sedih apabila anak yang dikandung selama 9 bulan akhirnya pergi buat selama-lamanya. Perasaan sedih dan perit itu memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Lebih meruntun hati apabila tidak dapat bersama-sama anak disaat-saat akhir pemergiannya,
Terbaru, seorang pengguna Twitter, MSazriman yang juga berkhidmat sebagai jururawat peribadi menceritakan pengalamannya apabila melihat seorang pesakitnya menghembuskan nafas terakhir tanpa keluarga disisi.
Ujian besar buat keluarga arwah
Arwah nazak, keluarga duduk jauh
Menceritakan kisah itu, Sazriman memberitahu pesakit yang juga merupakan jirannya itu mengalami sakit teruk dan dikatakan sudah tiada harapan untuk sembuh. Atas permintaan arwah yang ingin menghembuskan nafas terakhir di rumah, ahli keluarga akhirnya bersepakat untuk mengupah jururawat untuk menjaga arwah. Difahamkan, hanya arwah dan adiknya sahaja yang tinggal di rumah berkenaan manakala ibu bapanya kini 'terkandas' di US dan tidak boleh pulang ke Malaysia kerana negara tersebut telah diperintah untuk lockdown.
Arwah kongsi cerita
Ketika berbual, arwah sempat menceritakan kepada Sazriman serba sedikit mengenai dirinya dan keluarga. Tambah arwah, ibunya juga sering terlepas hari-hari penting bersama keluarga disebabkan kesibukan bekerja.
Arwah tinggal berdua dengan adik
Janji akan jaga arwah
Menurut Sazriman, ibu arwah kerap menghantar mesej kepadanya dan meminta tolong untuk menjaga serta melihat keadaan kedua-dua anaknya itu.
Arwah tetiba jatuh sakit
Setiap hari mak video call
Tambah Sazriman lagi, setiap hari ibu arwah video call untuk melihat keadaan anaknya itu. Disebabkan US sedang lockdown dan Malaysia kini menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka ibunya tidak dapat pulang untuk menziarahi anaknya. Namun, hari-hari terakhir arwah, ada dalam kalangan rakan-rakan baiknya yang datang melawat tetapi mereka terpaksa datang ziarah bergilir-gilir kerana PKP.
US lockdown, ibu bapa tak dapat balik
Menurut Sazriman, dia sudah nampak tanda-tanda yang menunjukkan arwah akan pergi tidak lama lagi. Jika dilihat pada keadaan arwah, dia cuba untuk melawan sakitnya untuk terus hidup. Ibu bapanya yang sedang video call juga sudah redha dan tidak sanggup melihat arwah menahan kesakitan. Allah lebih sayangkannya, arwah kemudian telah menghembuskan nafas terakhir.
Al-Fatihah
Sumber: MSazriman
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment