Pages

Hiburan: Ibu Puteri Balqis Sewakan Rumah Untuk Gelandangan, Akui ‘Cukup Makan’ Semasa PKP

Hiburan: April 14, 2020 at 09:55AM

Kisah kehidupan pelakon cilik iaitu Puteri Balqis bersama ibunya, pernah menjadi kontroversi suatu ketika dahulu apabila mereka terpaksa menjual buku puisi demi sesuap nasi. Kemunculan Puteri Balqis di program Bersamamu pada 12 Januari lalu juga telah mendapat perhatian masyarakat sehingga pelbagai pihak tampil memberikan sumbangan.

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, ibu Balqis bersyukur mereka masih meneruskan kehidupan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Buku masih terjual

Menurut Norashikin Mohd Aziz, dia bersyukur buku puisi anaknya iaitu 38 Poems of Puteri Balqis masih terjual dan mereka berdua masih mampu meneruskan kehidupan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Tambahnya, dia tidak sangka masih ada individu yang hendak membeli buku tersebut.

Kami bersyukur buku masih terjual macam biasa. Tidak jangka juga ada yang terus membeli. Seperti biasa, saya akan hantarkan kecuali jika ia membabitkan kawasan zon merah Covid-19. Sekarang pun Balqis sedang menyiapkan buku puisi versi bahasa Melayu pula. Doakan semoga usaha ini permudahkan. Syukur, semua cukup. Makan apa yang ada dan berjimat.

Ada enam orang termasuk seorang mualaf. Saya sewakan sementara sebab semua tidak ada tempat. Mereka itu gelandangan yang kami memang kenal. Itu saja cara kami nak balas jasa peminat Aqish (Balqis). Ini pun rasa tak terbalas rasanya.

Mengulas mengenai keperluan harian, Norashikin memberitahu bahawa mereka masih mengamalkan konsep berjimat cermat. Di samping itu, mereka berjaya menyewa satu lagi unit rumah pangsa bagi menempatkan gelandangan.

Mempunyai masalah yang 'berlainan'

Terdahulu, Puteri Balqis pernah dilaporkan jatuh sakit. Sehingga kini dia mengalami muntah darah selain asma kronik yang memerlukannya menggunakan inhaler. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan dan empat buah hospital sudah dirujuk, hasil ujian darah menunjukkan Puteri Balqis bebas daripada kanser. Kini, dia dan ibunya bergantung sepenuhnya kepada hasil pendapatan menjual buku puisi yang ditulisnya sendiri.

Sumber: Harian Metro



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular