Pages

Hiburan: ‘Ingkar PKP Akan Direman Atau Mungkin Akan Berada Di Lokap Satu, Dua Hari’ – Datuk Ismail Sabri

Hiburan: April 14, 2020 at 08:59AM

Jika sebelum ini sesiapa yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikenakan kompaun RM1000. Namun begitu, tindakan kompaun seolah-olah tidak mendatangkan ketakutan orang ramai kerana masih lagi terdapat individu yang ingkar akan PKP.

Terkini menerusi sidang media Menteri Kanan (Pertahanan) Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa mulai esok sesiapa yang ingar akan PKP bakal di hadap ke mahkamah dan berkemungkinan direman selama sehari dua.

Tidak gentar akan kompaun RM1000

Pada 8 April lalu, Polis Diraja Malaysia telah menguatkuasakan tindakan kompaunRM1000 terhadap mana-mana individu yang ingkar akan PKP. Tindakan kompaun itu dibuat mengikut Akta 324 Peraturan-Peraturan Pencegarah dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Bakal direman dan dibicara

Justeru, polis tidak lagi akan berkompromi dan akan hadap (individu ingkar PKP) ke mahkamah. Mungkin mereka akan direman atau mungkin akan berada di lokap satu, dua hari. Sebabnya, bila beri kompaun mereka boleh bayar kerana ramai tak takut dikompaun.

Insya-Allah, mulai esok tiada kompromi lagi dan akan tuduh mereka di mahkamah supaya rakyat patuhi setiap arahan daripada kerajaan

Sehubungan dengan itu, Ismail Sabri mengatakan bahawa tiada lagi kompromi buat individu yang ingkar arahan PKP selepas ini. Hal ini kerana menurut beliau terdapat segelintir individu yang masih berdegil sehingga ke hari ini kerana tidak takut akan tindakan kompaun yang dikenakan. Pelbagai alasan dikeluarkan individu yang ingkar arahan PKP sehingga mengakibatkan sasaran pematuhan tidak dapat dicapai.

Sidang media penuh



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular