Pages

Hiburan: Ingkar PKP, Remaja Bawa Mayat Teman Wanita Sejauh 15km Sebelum Tinggal Depan Rumah

Hiburan: April 12, 2020 at 01:02PM

Seorang remaja berusia 17 tahun sanggup menghantar mayat teman wanitanya ke rumah selepas mereka berdua terlibat dalam satu kemalangan yang berlaku di Felda Keratong 3 Muadzam Shah, Pahang.

Bertembung dengan seekor kerbau

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, suspek dan teman wanitanya dipercayai keluar bersiar-siar dengan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC. Tetapi malangnya, motosikal yang dinaiki pasangan ini bertembung dengan seekor kerbau yang sedang baring di tengah jalan.

Mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala. Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Supritendan Azari Miskun berkata, suspek kemudian bertindak mengangkat mangsa dan membawa mayat teman wanitanya itu sejauh 15 kilometer untuk dihantar ke rumah dengan menaiki motosikal tersebut.

Akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan peha dan tidak sedarkan diri.

Datuk menemui mayat cucu

Menurut sumber, setelah sampai di rumah mangsa, suspek telah meninggalkan mayat teman wanitanya itu di garaj tanpa memaklumkan apa-apa kepada ahli keluarga mangsa mengenai kejadian itu. Diselubungi dengan perasaan takut, suspek kemudian bertindak beredar dari rumah teman wanitanya. Namun, pada keesokan harinya datuk mangsa yang ingin menggunakan garaj untuk meletakkan kenderaan telah menjumpai mayat cucunya itu.

Kira-kira jam 10 pagi, datuk mangsa yang sedang meletakkan kenderaan di garaj berkenaan menemui mayat cucunya yang dibungkus dengan kain sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk dibedah siasat dan suspek telah ditahan pihak polis untuk membantu siasatan. Motosikal Yamaha 135 LC tersebut juga turut dirampas.

Sumber: Harian Metro



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular