Hiburan: April 23, 2020 at 05:19AM
Sejak beberapa hari lalu, nama Ustaz Ebit Lew terpalit dengan pelbagai tuduhan dan kecaman daripada segelintir pihak yang tidak senang melihat dia melakukan kerja amal dan membantu sebuah keluarga miskin baru-baru ini. Agak sedih apabila tuduhan itu ada yang dibuat oleh golongan agamawan sendiri.
Tidak berpuas hati dengan mereka yang hanya tahu mengkritik dan mengecam Ebit Lew, pelakon Zarina Anjoulie tampil mempertahankan pendakwah bebas itu. Dia menempelak golongan yang menganggap segala usaha Ebit Lew menghulurkan sumbangan sebagai satu perbuatan yang riak.
Menurut Zarina, Ebit Lew telah banyak memberikan inspirasi buat dirinya melakukan kebaikan dari segi tingkah laku sehinggalah aktiviti kebajikan.
Malah, Zarina juga kagum dengan pendekatan Ebit Lew yang dianggap amat lemah lembut dan sangat menghormati masyarakat tidak kira bangsa atau agama.
Segala amal kebajikan yang dimuat naik oleh Ebit Lew bukanlah bermaksud dia sengaja ingin menunjuk-nunjuk ataupun riak tetapi sebagai bukti segala dana yang disumbangkan telah disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
Terdahulu, Sedar banyak pihak yang salah faham, Ebit Lew menerusi laman Facebooknya mencoretkan ucapan maaf kepada semua pihak dan berniat untuk menyakitkan hati sesiapa. Pada masa yang sama, mengingatkan dia hanya seorang mualaf yang sedang belajar mendalami agama Islam dan bukannya Ustaz.
Luahan menyentuh hati itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sentiasa mendoakan agar Ebit Lew tidak berputus asa dengan segala kritikan yang dilemparkan dan terus membantu golongan yang memerlukan.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment