Pages

Hiburan: Jom Cuba Resepi Kek Hujan Panas Legend, Gebu & Sangat Menyelerakan!

Hiburan: April 15, 2020 at 09:55AM

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan sehingga 28 April 2020, pasti ramai para ibu yang mula mencari resepi-resepi kek yang boleh dicuba dan dijadikan hidangan minum petang buat seisi keluarga.

Seperti seorang pengguna Facebook, Azlina Ina Fans ada berkongsi resepi kek hujan panas. Nampak sedap!

Bahan utama

Kelapa parut (sangai kejap je bagi air kelapa dia kering sikit), kalau korg tak rajin beli je dekat bakery haiwaian flakes coconut tak mahal pun. Lepas itu bahagi 3 bekas satu bekas dalam setengah cawan. Macam saya tak pakai kelapa kering sebab kurang sedap.

Okay bahagikan 3 tadi letak colour apa-apa yang korang suka lah ya.

Mix sampai kembang

-2 cawan majerin pelangi
-1 sk esen vanila
-1 cawan setengah gula (kot korang tak nak manis kurangkan) tapi bagi mak dah ngam ni. Tentang cawan pulak jangan risau kalau tak ada cawan yang sama mak asal kan semua bahan sukat dengan cawan yang sama mesti jadi, so mix sampai kembang gebu elok.

Bahan-bahan lain

-2 cawan 1/2 tepung gandum
-1sk baking powder
-1sk soda bikarbonat (kalau nak kukus)
Kemudian ayakkan.

Cara-caranya

-Campurkan kelapa dekat dalam tepung tadi. Ni elakkan nanti masa masak semua turun ke bawah kek, nanti dah tak jadi kek hujan panas jadi hujan ribut pula. Gaul-gaulkan.

Seterusnya

-Majerin dah kembang masukkan telur semua 6 biji gred B masuk satu-satu ye sampai habis.
-Masukkan tepung sikit-sikit sampai habis juga.
-Akhir sekali masuk susu cair atau susu segar 1/4 cawan. Kaup balik je kalau nak mix sekali gunakan volume slow.

Bakar selama 45 hingga 50 minit

-Guna loyang 9×9 kalau 8×8 tinggi sikit.
-Panaskan oven dan bakar suhu 180 masa 45-50 minit tapi kalau kukus 45 minit ye.

Siap!

Sumber: Azlina Ina Fans



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular