Hiburan: April 16, 2020 at 06:21AM
Sebelum ini, pelakon Ezany Nizariff pernah tampil berani membuat laporan polis terhadap seorang pengguna media sosial Facebook yang cuba memesongkan akidahnya. Individu tersebut didakwa sengaja mencetuskan propaganda dengan memuat naik status berunsur hasutan untuk menggalakkan murtad.
Kali ini, Ezany membuat laporan terhadap seorang usahawan kosmetik yang memang terkenal kerana banyak kali cetus kontroversi dengan berpakaian wanita. Menurut Ezany, tindakan yang dibuat adalah rasa tanggungjawabnya sebaagai seorang Muslim. Terbaik!
Kamu mencabar Allah!
Saya dah buat kewajipan sebagai Muslim. Saya pun dosa banyak. Sepatutnya kita berubah ke arah yang lebih baik. Sebelum Allah tanya saya di akhirat. Sebagai Muslim saya terpaksa bertindak kerana kamu makin melampau! Kamu berjaya dalam bisnes dan saya salute kerana kamu hebat.
Tetapi apabila sampai kepada mempermainkan agama Islam. Kamu cabar Allah dan maaf kami terus buat. Ramai ustaz nasihat tapi kamu tidak peduli. Kamu angkuh, kamu ego. Moga pihak berkuasa dapat bertindak.
Tidak dapat menahan sabar dengan sikap usahawan kosmetik terkenal tersebut, Ezany membuat laporan polis sebagai rasa tanggungjawab seorang Muslim. Dia turut terkilan dengan aksi kurang sopan yang melibatkan agama.
Mempermainkan agama
Membuat laporan ke atas lelaki berpakaian wanita, berbuah dada. Mencemarkan dan mempermainkan Agama Islam. Mencemar nama baik Yang Di Pertuan Agong Sebagai Ketua Agama Islam.
Menimbulkan suasana tidak harmoni antara agama. Menghasut dan mempromosikan LGBT Extrim. Mohan Tindakan Dari#PDRM, #SKMM, #JAKIM, #MENTERIAGAMAISLAM. SEKIAN LAPORAN SAYA.
Tambahan, menurutnya sikap yang ditunjukkan oleh usahawan kosmetik itu dilihat mempermainkan agama sehingga menimbulkan rasa tidak harmoni antara agama. Rata-ratanya memuji tindakan pelakon tersebut kerana berani membuat laporan polis.
Dipuji ramai
Sumber : Ezany Nizariff
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment