Pages

Hiburan: Kereta Banyak Sangat & Air Ketuban Dah Pecah, Wanita Terpaksa U Turn Beranak Di Rumah

Hiburan: April 17, 2020 at 03:03AM

Daerah Muar di Johor merupakan salah satu lokasi yang direkodkan sebagai zon merah oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sebanyak 46 kes positif wabak Covid-19 dicatatkan setakat hari ini di daerah tersebut. Meskipun berada di zon merah, masyarakat di Muar dipercayai sudah keluar rumah dan menyebabkan keadaan lalu lintas di sana sudah mulai sesak.

Seorang doktor yang dikenali sebagai Redza Zainol, berkongsi satu kisah di mana seorang wanita terpaksa bersalin di rumah gara-gara kesesakan yang berlaku di bandar tersebut.

Air ketuban dah pecah

Sekadar gambar hiasan

Puan, macam mana boleh bersalin di rumah? Mukanya suram. Sikit pun ibu ni tak pandang saya. Sambil saya periksa bayinya, saya nasihatkan supaya bawa bayi ke klinik kesihatan kalau dah nampak kulitnya mula kuning. Born Before Arrival (BBA) atau bayi yang lahir sebelum sempat sampai ke dewan bersalin ada risiko untuk mengalami jaundis (kuning kulit) yang cepat dan tinggi.

Kereta banyak sangat pagi tadi doktor. Air ketuban dah pecah dan saya memang nak bersalin sangat dah tadi. Tapi sebab kereta banyak, suami saya pusing kereta terus ke rumah makcik saya. Dia mak bidan. Pagi itu, saya lihat banyak kereta masuk ke bandar Muar. Pelik betul. Sampaikan saya sendiri tersangkut 20 minit di sekatan jalan raya.

Jujurnya, sepanjang hari tu hati saya memang rasa tak sedap. Tau-tau bandar Muar dah diumumkan sebagai zon merah Covid-19 yang baru. Dari 39 kes, terus naik ke 44 kes Covid-19! Muar yang tak besar ni pun dah jadi zon merah. Dalam hati ni saya berkata sendiri, yang beriya-iya keluar ke bandar Muar ni tak takut ke dengan wabak ni.

Bekerja seharian di bawah cahaya matahari

Sekadar gambar hiasan

Aku sendiri pun takut nak ke tempat kerja. Terus saya terbayang wajah pasukan polis dan tentera yang bekerja seharian di bawah cahaya matahari terik. Diguna setiap titis tenaga yang ada untuk pastikan bandar Muar ni selamat. Tapi, kesungguhan mereka ni dibalas pula dengan sifat sampah orang yang pentingkan diri sendiri.

Walaupun semalam kes baru Covid-19 turun jadi 2 angka, tak mustahil ia akan naik semula. Kawan-kawan, kita belum bebas dari wabak Covid-19. Perjalanan masih jauh. Kalau masih lagi bersikap sambil lewa dan bangga dengan sikap pentingkan diri sendiri, kita sebenarnya tengah menganiaya orang lain terutama pasukan polis, tentera dan staf kesihatan.

Tak mustahil, perintah berkurung akan jadi lebih keras di Muar. Yang kita tak nak, kes kematian Covid-19 di Muar makin bertambah. KKM sudah berusaha sebaik mungkin. Kalian yang duduk di rumah ialah wira sebenar. Rantaian Covid-19 hanya boleh diputuskan dengan tindakan kita sendiri. Tolong kongsikan pesanan ini pada ahli keluarga dan sahabat agar mereka terus beringat dan berhati-hati. Sama-sama saya harap kita jangan ambil mudah.

Sumber: Redza Zainol



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular