Pages

Hiburan: ‘Kluster Terbaru Ini Lebih Banyak Demand’ – Frontliner Luah Rasa Kecewa, Rindu Geng Tabligh

Hiburan: April 9, 2020 at 05:57AM

Petugas kesihatan merupakan barisan hadapan negara (frontliner) dalam memerangi wabak Covid-19. Tidak dapat dinafikan, mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah pesakit.

Di Facebook Dr Mohd Afiq meluahkan kerinduan kepada pesakit Covid-19 daripada kluster Tabligh yang dikatakan sangat baik dan merendah diri. Setiap masa melafazkan zikir dan membaca Al-Quran. Namun, sebahagian kelompok pesakit terbaru yang 'menghuni' wad itu disifatkan lebih kepada merawat sifat pentingkan diri daripada merawat penyakit itu sendiri.

Rindu geng tabligh

Dulu setiap hari satu bas turun daripada tabligh dan madrasah. Dia orang ini semua sangat mudah memberikan kerjasama. Seronok terasa merawat dia orang ini walaupun berpeluh-peluh dek PPE. Rasa macam rawat kawan-kawan kita yang sangat mesra dengan kita.

Sentiasa dengar azan berkumandang dalam wad. Bacaan Al-Quran hampir setiap masa. Wad kusta lama yang penuh dengan cerita hantu pun rasanya hantu-hantu lari bertempiaran kerana pendinding semula jadi dek kerana akhlak dan zikir mereka. Hampir keseluruhannya sangat merendah diri, sentiasa memberi kerjasama yang terbaik. Tak pernah merungut.

Acah-acah jadi mangsa penyakit Covid

Itulah kluster tabligh. Walaupun mungkin saya tak berapa setuju mereka di cop sebagai kluster tabligh dek kerana satu dua peserta yang pentingkan diri sendiri menyebabkan yang lain menjadi mangsa tapi disebabkan zikir yang di sebut semua maka nak buat macam mana.

Kini datang satu kluster baru. Dia orang panggil kluster Turki atau overseas. Saya panggil kluster jengkel. Bas kini datang daripada KLIA dan hotel-hotel. Dia orang ini acah-acah jadi mangsa penyakit covid. Padahal masa dia orang pergi melancong, dia orang tanpa segan silu papar gambar dia orang melancong malah ada yang siap perli kata corona tiada kat tempat sejuk dan sebagainya. Kadang-kadang terasa macam kita ini lebih kepada merawat sifat pentingkan diri mereka daripada merawat covid itu.

Kluster baru yang menjengkelkan

Dan minta maaf cakap. Kluster ini lebih banyak demand. Bila nak hantar ke wad macam wad kusta ataupun institut latihan, dia orang ini demand tak nak pergi sebab panaslah, tidak selesa dan macam-macam lagi. Tu tak termasuk yang dok persoal kenapa nak ambil darah la, kenapa tak ambil swab awal la dan bila kita masuk untuk periksa dia orang masing-masing sibuk dengan gajet. Kita ini macam endah tak endah je.

Bukan semua yang macam tu especially yang berada di luar negara atas urusan yang tak dapat dielakkan seperti belajar. Tetapi so far yang dapat sebab pergi melancong ini memang sangat menjengkelkan.

Saya faham. Mereka ini kebanyakan orang berada, ada kabel besar dan tak puas hati sedikit terus bawa ke atasan, di kuarantin pun di hotel-hotel.

Nak buat macam mana. Kene hadap juga la untuk berapa bulan pula yang mendatang. Kita ini pekerja kesihatan berapa ramai yang dah tak dapat jumpa mak ayah sebab kerja kita berisiko. Dia orang ini pula datang dan tambah masa kita berjauhan. selamatlah bekerja semua. Rindu geng tabligh.

Sumber: Mohd Afiq



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular