Hiburan: April 14, 2020 at 07:19AM
Video sekumpulan kanak-kanak dipercayai Orang Asli yang keluar rumah ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) 'diceramah' seorang anggota polis viral di laman sosial. Perkara tersebut turut mendapat perhatian Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Sisi menarik dari pandangan mufti
Saya menonton video ini, saya dapati ada beberapa sisi yang menarik. Pertama, pegawai PDRM berkenaan telah menjalankan tugas dengan baik. Memberi amaran dan juga memberikan maklumat kepada anak-anak yang kita kasihi ini. Itu semua untuk kebaikan mereka juga.
Kedua, dalam masa yang sama juga beliau memenuhi nilai insani yang tinggi sebagai seorang insan dengan membeli jualan anak tersebut. Saya percaya beliau tidak memerlukannya tapi sebagai tanda kasih dan simpati. Terasa sebak apabila melihat sikap yang mulia itu. Marilah kita doakan agar ALLAH memberikan beliau rezeki yang luas.
Ketiga, di sudut anak-anak tersebut, dari penampilan mereka, kita lihat tersangat sederhana kehidupan yang mereka sedang lalui. Tanpa kasut di kaki dan pakaian yang amat biasa. Mungkin mereka juga tiada hiburan seperti kebanyakan anak-anak kita. Alam adalah kehidupan mereka.
Saya percaya ALLAH memberikan kegembiraan dunia kanak-kanak mereka mungkin melebihi sebahagian besar anak-anak orang di bandar. Kegembiraan itu boleh hadir dalam pelbagai rupa. Namun, zahirnya, mereka dalam keadaan yang sukar dari segi kebendaan. Barangkali peristiwa itu menjadi kenangan dalam hidup mereka. Marilah kita doakan agar ALLAH memberikan masa depan yang baik untuk semua anak-anak tersebut.
Netizen murah hati derma kasut
Ada yang tolong belikan
Video berkenaan mengundang simpati segelintir netizen yang cuba menjejaki kumpulan kanak-kanak berkenaan dan menyalurkan sumbangan kasut dan barangan sukan buat mereka.
Tidak lama kemudian, dimaklumkan ada pihak yang telah bermurah hati menderma barangan sukan buat anak kurang bernasib baik ini.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment