Pages

Hiburan: Kutip Sumbangan Tanpa Lesen, Tindakan Intan Najuwa Dikritik Akan Timbulkan Masalah

Hiburan: April 7, 2020 at 07:40AM

Kini kita berada di tahap 2 tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan tidak dinafikan ramai yang rungsing dengan keadaan ekonomi keluarga. Ada individu yang mengharapkan gaji harian tetapi kini ramai yang hilang punca pendapatan sehingga terpaksa mengikat perut.

intan najuwa

Oleh itu, kini ramai pihak termasuk para artis juga banyak menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan. Antara yang turut tidak ketinggalan untuk membuat kerja amal adalah pelakon, Intan Najuwa.

Bagaimanapun, perkongsian Intan yang mengajak semua orang memberikan duit sumbangan menerusi akaun bank miliknya mengundang rasa kurang senang netizen.

intan najuwa kutip sumbangan intan najuwa kutip sumbangan

"Ada kebenaran pihak berkuasa ke? Macam mana nak tentukan tak berlaku penyelewengan? – Netizen

intan najuwa kutip sumbangan

intan najuwa kutip sumbangan

Tidak dinafikan, dia hanya berniat baik untuk membantu golongan susah tetapi tindakan Intan yang melakukan "crowdfunding" atau pembiayaan melalui orang ramai tanpa sebarang lesen sah hanya akan mengundang masalah. Malah, ada juga netizen mempersoalkan adakah benar wang itu akan disalurkan kepada pihak sepatutnya?

"Don't be selfish"

intan najuwa kutip sumbangan

Meskipun dikritik, Intan tidak berdiam diri dan membalas komen tersebut dengan meminta agar individu berkenaan tidak mementingkan diri. Mempertahankan apa yang dilakukannya itu tidak salah.

Usaha Intan itu sememangnya murni tetapi tidak ada salahnya mendengar teguran netizen agar tiada sebarang masalah timbul di masa hadapan.



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular