Pages

Hiburan: Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Dipenjara Selama 2 Minggu Gara-Gara Ingkar PKP

Hiburan: April 17, 2020 at 07:24AM

Kerajaan telah menegas sesiapa yang ingar akan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal direan sehari atau dua sebelum dihadap ke mahkamah.

Ini menunjukkan arahan PKP bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan. Seperti pengalaman yang dikongsi seorang pengguna Twitter, Zezul, dia ditahan pihak polis kerana ingkar PKP sebelum direman dan dipenjara. Tujuan dia berkongsi pengalaman ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai agar patuh arahan kerajaan,

Jangan pandang remeh PKP

Menurutnya, dia keluar ke rumah pada jam 10.30 malam ke sebuah pasar raya di Johor untuk membuat servis membaiki telefon bimbit salah seorang pelanggannya. Meskipun sudah dinasihatkan untuk duduk rumah oleh ayahnya, dia tetap juga keluar rumah demi mencari rezeki. Namun, siapa sangka sejurus dia bertemu dengan pelnaggannya, pihak polis hadir dan terus menahan mereka.

Lokap satu sel dengan warga asing

Selepas ditahan, dia terus dibawa ke balai polis dan dimasukkan ke dalam lokap pada jam 3 pagi. Pada malam tersebut, dia sukar untuk tidur oleh sebab keadaan di dalam lokap sungguh tidak selesa kerana bercampur dengan warga asing.

Direman 4 hari sebelum dipenjara

Pada keesokan paginya, semua penghuni lokap diberi sarapan bubur dan beberapa keping biskut. Di dalam lokap, dia tidak dapat tahu sama ada waktu itu siang atau malam kerana keadaan lokap yang tertutup. Selepas sarapan, namanya dipanggil untuk dibicara di mahkamah. Tambahnya lagi, terdapat 32 orang termasuk dirinya yang dihadapkan di mahkamah atas kesalahan ingkar PKP.

Dipenjara selama 2 minggu

Pada mulanya, dia beranggapan bahawa bakal dikenakan denda selepas dibicara. Namun pihak mahkamah menjatuhkan hukuman wajib penjara selama dua minggu. Dia yang baru berusia 20 tahun tidak sangka menjadi banduan gara-gara keluar rumah pada malam hari. Penantian empat hari dalam lokap tunggu untuk dibicara sudah cukup menyeksakan apatah lagi dua minggu dalam penjara.

Tidur beralaskan simen

Keadaan dalam penjara cukup berbeza dengan apa yang dipaparkan dalam kaca TV. Banduan tidak boleh sewenang-wenangnya tidur seharian kerana terdapat masa yang perlu untuk banduan tunjukkan muka di sel masing-masing antaranya seawal 6 pagi. Tambahnya lagi, di dalam penjara, dia ditempatkan duduk bersama 14 lagi banduan kes lain dan tidur beralaskan simen. Tiada tilam disediakan dan makanan bakal dihantar oleh banduan bertugas.

Sumber: Zezul



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular