Pages

Hiburan: Naim Daniel Suka Duduk Dalam Bilik, Elak Bergaduh Dengan Ibu

Hiburan: April 9, 2020 at 05:19AM

Ketika ini ramai gusar dengan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat angkanya di seluruh dunia, tapi disebalik itu, sebenarnya "wabak" berita palsu lebih berbahaya daripada virus pandemik. Hampir setiap hari rasanya kita mendapat pelbagai mesej melalui aplikasi WhatsApp sehingga mencetuskan rasa panik dan membuat orang ramai lebih bimbang. Malah, ada ibu bapa kita yang percaya dengan berita tersebut.

naim daniel elak bergaduh dengan ibu

Perkara itu mendapat perhatian penyanyi Naim Daniel yang memberikan pesanan agak sinis menerusi menerusi sebuah lagu yang digubahnya.

Lagu ini untuk pak cik, mak cik dalam group WhatsApp

View this post on Instagram

Salah satu punca aku suka duduk bilik je masa PKP ni adalah untuk nak elak dari gaduh dengan mama. Kadang-kadang aku baru je turun tak sampai 3 saat dah gaduh ahahaha. Tapi aku admitlah yang kalau tak gaduh dengan mama sehari memang tak lengkap hari aku. Mama pun rasa macam tu. Mungkin ni cara aku dengan mama punya bonding, pelik sikitlah tapi. Macam harini pun aku saja je cari pasal tak wish Happy Anniversary Mama dengan Papa yang ke 35 tahun, triggered jugalah dia tadi ahahahahh. Adakah korang mengalami komplikasi yang sama, dimana parents korang dapat ws pepelik je sepanjang musim covid 19 ni dan diorang pun minta pendapat korang dan akhirnya berakhir dengan pertelingkahan bagai berbeza sokongan politik? Haha, welcome to the club. Pantau parents korang, minta diorang baca news dari KKM sahaja dan bukan daripada page fesbuk semata. Lagu ni aku rasa sangat-sangat tak best sebab aku macam tak tahu apa aku buat tapi aku nak post juga. Insyaallah aku akan datang dengan benda yang lebih baik dari ini. Selamat mendengarlah ya 🙏🏻

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

Menurut Naim, pesanan itu ditujukan kepada mereka yang berada di dalam group WhatsApp bersama ibunya supaya jangan kongsikan sebarang berita palsu dan petua mengarut untuk menghapuskan wabak COVID-19.

Kalau anda juga mengalami masalah yang sama, bolehlah kongsikan lagu nasihat Naim ini. Ketika itu, janganlah lagi tertipu dan terlalu mempercayai berita yang disebarkan



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular