Hiburan: April 17, 2020 at 12:36PM
Sejak malam semalam, bekalan air di beberapa kawasan di tujuh wilayah iaitu di Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat terjebak berikutan penurunan paras kolam utama di kawasan itu.
Terbaru, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaklumkan punca pencemaran bau yang berlaku di Sungai Selangor adalah disebabkan sebuah premis kolam ikan melepaskan air ternakan ke dalam sungai berkenaan.
Pencemaran bau dikesan
Henti tugas empat LRA ini terpaksa dilakukan akibat pencemaran bau yang dikesan pada sumber air mentah di Sungai Selangor. Bagaimanapun semua loji telah kembali beroperasi semula pada jam 6.30 pagi ini.
Tindakan pantas melepaskan air mentah melalui operasi pengepaman kolam alternatif (OPAK) di Bestari Jaya mempercepatkan aliran keluar air yang tercemar ke hilir Sungai Selangor sehingga tiada lagi pencemaran bau dikesan pada muka sauk empat LRA itu.
Gangguan itu berikutan empat Loji Rawatan Air (LRA) iaitu LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Loji Rantau Panjang terjejas berikutan terpaksa dihenti tugas pada jam 11 malam tadi.
Hal ini menimbulkan kemarahan orang ramai apabila sehingga jam 6 petang hari ini ada beberapa kawasan masih tidak menerima bekalan air. Bayangkan di musim PKP memang semua memerlukan bekalan air bersih.
Punca ternakan ikan
Pencemaran bau disyaki disebabkan sebuah premis kolam ikan yang telah melepaskan aliran air dari kolam ikan tersebut ke Sungai Selangor. Pensampelan kualiti air telah dilaksanakan bagi tujian analisa oleh Jabatan Kimia.
Menurut kenyataan LUAS, premis kolam ikan tersebut telah diberi surat arahan pada Februari lepas untuk menghentikan kerja-kerja pembersihan namun kejadian ini masih berulang. Satu tindakan tegas telah di ambil terhadap premis tersebut dengan pemberhentian operasi dengan segera.
Sumber : LUAS
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment