Pages

Hiburan: ‘Rasa Gelisah, Jantung Berdegup Laju’ – Wanita Kongsi Simptom Cabin Fever Akibat Terlalu Lama Terkurung

Hiburan: April 16, 2020 at 03:52AM

Apabila terlalu lama terasing atau terkurung di suatu tempat, seseorang berisiko untuk diserang cabin fever. Cabin fever adalah satu keadaan di mana seseorang berasa sedih akibat terputus hubungan dengan 'dunia luar'.

Pengguna Facebook, Nurul Izzati Jusoh berkongsi simptom cabin fever yang dihadapinya setelah 20 hari berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dah buat macam-macam aktiviti

Selepas hampir 20 hari, saya mula ada simptom. Saya langsung tak keluar rumah sepanjang tempoh tu.

Sebelum Kementerian suruh kaum Wanita berhias di rumah pula, saya lebih dahulu mulakan. Saya bermakeup nipis di rumah. Saya pakai pakaian kerja. Saya pilih yang warna-warna terang dan segar. Pakai wangian juga. Berhias untuk suami jugak lah kiranya. Dapat pahala, InsyaAllah.

Apa respon suami dan anak? Haha sudah tentu terkejut. Saya bagitahu suami, saya perlu begini untuk pastikan saya tak stress.

Hari demi hari, saya seperti meraung merintih di dalam jiwa. Perlu keluar, tapi takut-takut. Nak keluar ikut misi bersama suami, anak pula tiada penjaga. Saya cuba buat macam-macam aktiviti namun simptom makin ketara. Marah anak, nak marah suami. Tapi saya langsung tak buat suara Doraemon sebab saya tahu saya memang dah comel. Haha.

Saya juga rasa gelisah, jantung berdegup laju, tak boleh tidur, baca Quran lembap ya Allah. Asyik salah. Saya bagai tak boleh proses patah-patah kata dalam Quran. Kalau waktu malam, jam 2 hingga 3 pagi baru dapat tidur. Saya tahu saya perlu bantuan.

Diam-diam saya ambil ujian DASS (Depression Anxiety Stress Scales) secara atas talian, walaupun MRA ada sediakan bantuan dan khidmat Psikologi&kaunseling untuk para sukarelawan.

Saya fikir agak melampau pula jika saya dapatkan khidmat itu sedangkan saya tak pernah lagi turun ke lapangan. Seperti pembaziran sumber pula.

Perasaan sedih akibat terlalu lama terasing

Saya bercakap, berbincang dan 'berbincang' dengan suami. Lega. Lega bila orang mula faham. Beberapa arrangement dibuat untuk bantu saya.

Semalam kaunselor sekolah aka teman kesayangan saya ada kongsikan foto di bawah. Ianya tentang Cabin Fever, emosi dan perasaan sedih yang dialami akibat terlalu lama terasing atau terkurung di dalam rumah atau tempat tertentu. Terputus hubungan dengan dunia luar juga boleh menyebabkan munculnya masalah Cabin Fever ini.

Dengan perkongsian saya ini, saya juga harap anda semua berwaspada dengan gejala-gejala tersebut. Ianya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Jika tidak kepada anda, mungkin insan kesayangan anda.

Khas buat anak-anak murid saya pula, jika anda merasai, mengalami simptom atau gejala di bawah, berhubunglah dengan kaunselor untuk bercakap tentangnya. Teacher harap anda tak malu atau ragu-ragu. InsyaAllah, kaunselor kita prihatin dan sangat berkebolehan untuk membantu anda. Alhamdulillah saya rasa lebih baik hari ini.

Saya keluar sertai misi hari ini. Selepas hampir 26 hari tak keluar dari pagar rumah. Doakan ye.

Ya Allah. Tiada daya upaya kami lagi melainkan pertolongan Engkau ya Allah. Bantulah kami, tolonglah kami ya Allah.

#janganmalu
#dudukdirumah
#sihatemosi
#sihatjasmani
#sihatrohani
#cabinfever
#anxiety

Sumber : Nurul Izzati JusohPejabat Daerah & Tanah Hilir Perak



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular