Hiburan: April 17, 2020 at 06:14AM
Baru-baru ini, usahawan kontroversi Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sekali lagi dikecam teruk netizen selepas mengatakan setakat ini belum ada lagi golongan 'pondan' dijangkiti wabak COVID-19. Kenyataannya itu membangkitkan kemarahan ramai sehingga mendapat perhatian pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Husam Datuk Baderudin yang meminta dirinya untuk bertaubat.
Enggan terus dikecam, Sajat tampil memohon maaf dan menjelaskan dirinya dianiaya. Video yang tersebar di media sosial telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin menjatuhkan dirinya.
Saya tahu disebabkan video itu ramai marah termasuk ustaz. Jadi, saya minta maaf. Cuma, ingin dijelaskan apa yang ditularkan itu adalah hasil suntingan pihak tidak bertanggungjawab.
Sebenarnya petikan itu diambil daripada video siaran langsung di Instagram. Saya hanya menjawab soalan netizen yang mengatakan pondan pembawa Corona (Covid-19). Malah, soalan sama ditanya berulang kali yang sengaja nak buat provokasi.
Jadi, saya jawab kenapa nak kena salahkan gender dalam kes ini. Wabak ini tak kira siapa pun. Malah, asal wabak ini pun dari mana. Disebabkan pondan, terus cakap nak kata punca. Itu sebab saya cakap tak pernah lagi pondan kena Corona. Tapi, bahagian itu saja yang diambil, sunting dan tularkan.
Menurut Sajat, dia tidak pernah lagi membuat video siaran langsung semata-mata hendak bercakap mengenai isu itu. Dia turut mempersoalkan mengapa bahagian itu sahaja dipotong dan ditularkan sehingga timbul salah faham.
Terdahulu, rata-rata netizen menyifatkan apa yang dikatakan oleh Sajat itu terlalu melampau dan didakwa seperti mencabar kekuasaan Allah SWT. Malah, Ustaz Husam juga tidak menolak kemungkinan apa yang sedang berlaku kepada Malaysia sekarang ini berpunca dari kelakuannya. Sebelum ini sudah bermacam- macam dakwah dan nasihat yang diberikan kepada Sajat tetapi ia seolah-olah tidak dipedulikan.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment