Pages

Hiburan: Seakan Pijak Kepala Tuan Rumah, Ini Antara Tuntutan Presiden Rohingya Malaysia

Hiburan: April 22, 2020 at 06:12AM

Hasrat pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Rohingya menyelinap masuk ke Malaysia melalui jalan laut berjaya dipatahkan Angkatan Tentera Malaysia (TUDM). Dianggarkan terdapat lebih 200 orang berada di dalam bot dan cuba masuk ke negara namun dihalang kerana bimbang membawa kluster baharu Covid-19.

Duta Majlis Rohingya Eropah ke Malaysia, Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi walau bagaimanapun menggesa kerajaan mempertimbangkan semula keputusan menolak bot sarat tersebut. Dia memohon agar kerajaan mengubah fikiran atas dasar kemanusiaan bagi minoriti tertindas ini.

Tuntutan dari Presiden Rohingya Malaysia

Tidak cukup dengan itu, ada dakwaan menyatakan Presiden Rohingya Malaysia, Zafar Ahmad Abdul Ghani, menuntut beberapa 'kelonggaran' diberikan kepada pendatang Rohingya. Menerusi sepucuk surat yang ditulis kepada Menteri Sumber Manusia, antara tuntutan yang dibuat adalah:

Hadapi beberapa isu semasa

Di dalam surat tersebut, disenaraikan antara lapan kesukaran yang dihadapi pendatang Rohingya di sini. Antaranya adalah mereka tidak diberi kebenaran bekerja untuk menampung hidup. Selain itu, mereka tidak mendapat perlindungan kemalangan ketika bekerja kerana tiada permit. Malah, kos rawatan yang terlalu tinggi menyukarkan lagi hidup mereka.

Menuntut pertimbangan atas dasar kemanusiaan

Oleh itu, Zafar Ahmad memohon agar kerajaan memberi kebenaran bekerja mengikut sektor yang sesuai. Mereka juga memohon majikan mewajibkan insurans sewaktu bekerja dan mengurangkan kos rawatan di hospital. Akhir sekali, mereka mohon pelarian tidak ditangkap di atas dasar kemanusiaan.

Sumber : Muhammad Haiqal

 



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular