Pages

Hiburan: ‘See You In Court!’ – Amin Idris Tak Gentar Tuntutan RM1 Juta Dari Ustaz Abu Syafiq

Hiburan: April 28, 2020 at 02:32AM

Kontroversi di antara pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq dan penceramah bebas, Amin Idris berlanjutan sehingga didakwa bakal dibawa kes ke mahkamah. Kes ini bermula apabila Ustaz Abu Syafiq dikatakan mengeluarkan kenyataan yang tidak elok kepada Ustaz Ebit Lew. Selepas itu, Ustaz Abu Syafiq mengatakan bahawa akaun Facebook beliau telah digodam.

Amin Idris memberi respon tindakan Ustaz Abu Syafiq dengan memuat naik status menegur perbuatan ustaz. Status itu menjadi perhatian netizen yang rata-rata menyokong apa yang dikatakan Amin Idris

Tiba-tiba suruh minta maaf

Selepas membuat kenyataan tersebut, Amin Idris dikatakan menerima mesej dari Ustaz Abu Syafiq agar dia memohon maaf secara terbuka. Ustaz Abu Syafiq turut didakwa mengugut untuk menyamannya jika tidak berbuat sedemikian.

Tuntut RM1 juta

Berikutan dengan itu, dia telah menerima surat dari peguam Ustaz Abu Syafiq yang menuntut dia memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 7 hari. Dalam tempoh tersebut, dia turut dituntut untuk membayar wang ganti rugi sebanyak RM1 juta kerana memuat naik status sebelum ini. Menurut surat itu juga, kredibiliti dan reputasi Ustaz Abu Syafiq turut dikatakan tercemar selepas Amin memuat naik status berkenaan. Walau bagaimanapun, Amin Idris tidak gentar dengan tindakan Ustaz Abu Syafiq dan bersedia untuk berjumpa di mahkamah.

Sumber: Amin idris



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular