Pages

Hiburan: ‘Sekadar Borak Rakan-Rakan’ – Lelaki Didakwa Langgar PKP Jelaskan Perkara Sebenar

Hiburan: April 18, 2020 at 05:01AM

Tindakan seorang individu yang didakwa melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) undang padah sehingga mendapat perhatian pihak berkuasa. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata polis sudah mengenal pasti individu tersebut dan tindakan akan diambil.

Memetik laporan Rizal Hakimm, individu tersebut menerangkan perkara sebenar dan niatnya hanyalah sekadar bergurau namun disalah ertikan sehingga ada yang memuatnaik perbualan tersebut di media sosial. Dia juga telah tampil memohon maaf.

Salah faham

Pagi tadi bangun dari tidur dikejutkan dengan soalan bertubi-tubi dari rakan saya "apa cerita bro, viral habis dah ni…" Menggelabah saya, blur dengan apa yang tengah berlaku. Buka je Facebook, Allahuakhbar siapa pulak sebar gambar aku dengan family ni.

First of all, saya selaku empunya gambar yang sedang viral sekarang ingin memohon maaf di atas isu tersebut yang saya pasti telah banyak timbulkan salah faham dan amarah netizen sekalian.

Hakikatnya, saya membawa anak dan isteri untuk ke klinik bagi pemeriksaan bulanan dan imunisasi bayi kami yang wajib berumur 3 bulan. Sementara tiada sesiapa yang boleh jaga dua lagi anak kami yang masih kecil dan dalam fasa melasak. Untuk pengetahuan, radius kawasan kami tinggal dan klinik yang kami kunjungi adalah within 10km sahaja. Saya dan anak yang lain hanya menunggu di dalam kereta while my wife bawa bayi kami untuk pemeriksaan. Berat ujian kami bila diviralkan tanpa fakta dan disalah erti.

Maafkan saya

Sekadar gambar hiasan

Petikan tersebut tidak sesekali berniat untuk memperlekehkan mahupun memandang rendah tanggungjawab dan tugasan PDRM, ATM, frontliners, dan seluruh ahli yang terlibat bertungkus-lumus menyelamatkan dan melindungi kita rakyat Malaysia.

Niat saya post dalam group Whatsapp hanyalah sekadar borak antara rakan-rakan di dalam whatsapp group, dan tidak sangka ada individu yang menyebarkan gambar saya dan family malahan screen shot profile facebook saya tanpa izin, di mana itu telah melanggar hak privasi saya.

Saya telah pun ke balai polis bagi membuat laporan beserta bukti whatsapp yang telah disalah ertikan, dan akan segera memohon maaf kepada pihak PDRM, ATM, SKMM, frontliners di atas isu yang mungkin mengguris hati mereka.

Disaat negara kita dilanda ujian COVID19 ni dan ramai antara kita yang turut terkesan, usahlah kita menambah minyak pada api yang tengah membakar. Everybody is at sensitive situation right now. We can make it better. Kita jaga kita right. Let us pray for better situation dan hentikan lah sebar cerita yang tak sahih.

Maafkan saya Malaysia

Mamat Apis

Sumber : Rizal Hakimm



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular