Hiburan: April 15, 2020 at 08:30AM
Pelakon Ashraf Muslim merupakan salah seorang daripada 18 krew penggambaran drama di Scotland pada 9 Mac lalu. Dia juga disahkan positif Covid-19 sejak pulang dari negara itu bersama pelakon Puteri Aishah dan pelakon cilik Puteri Rayyana Rayqa.
Ashraf Muslim turut memaklumkan perkara itu menerusi laman Instagram dan merasa sebak setelah mengetahui keputusan kesihatannya.
Ada hikmah disebaliknya
Assalamualaikum… Tanggal 12hb April 2020 menjadi jawapan bagi AM tentang keputusan Sample Covid-19. Yer.. saya dijangkiti virus Covid-19. Sewaktu itu walaupun sebak didada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dengan pilihan Allah. Ada hikmah disebaliknya. Datang perasaan nervous dan macam-macam perasaan timbul bila masuk dalam ambulance.
Pelakon lelaki ini baru sahaja menerima keputusan ujian saringan Covid-19 pada 12 April 2020 lalu. Ternyata keputusan ini telah mengundang rasa sebak tetapi bagaimanapun dia reda akan ketentuan ini. Malah, dia juga mempercayai akan hikmah disebalik apa yang sedang berlaku.
Doakan yang terbaik
Ashraf Muslim terlebih dahulu memohon maaf buat keluarganya dan sahabat yang lain dengan apa yang telah berlaku. Dia juga memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik untuknya dan pesakit positif lain juga. Dia turut berterima kasih kepada semua barisan hadapan negara dan doktor yang membantunya ketika ini.
Dia turut meninggalkan pesanan ringkas buat keluarganya untuk sentiasa solat dan membaca Al-Quran seperti kebiasaan.
Sumber: Ashraf Muslim
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment