Hiburan: April 20, 2020 at 03:17AM
Menjadi seorang petugas barisan hadapan ketika negara dilanda wabak bukanlah perkara yang mudah. Mereka berhadapan dengan pelbagai ragam masyarat setiap hari. Kalau tersilap langkah, cerita sensasi petugas frontliner ini pula akan menjadi bualan orang ramai.
Seperti yang dikongsikan anggota polis, Faiz Fitri, dia melihat sendiri orang awam merakam kejadian tegang yang berlaku ketika dia dan pasukan sedang bertugas. Kejadian tegang tersebut tercetus apabila seorang lelaki cuba lari dari sekatan jalan raya.
Tiba-tiba pulas throttle motorsikal
Sekadar gambar hiasan
Jam tepat menunjukkan 1550Hrs sebaik saya tiba di tempat kerja untuk pertukaran shift. Cuaca agak mendung dan berangin menandakan hari nak hujan tidak lama lagi. Kemudian kami didatangi 1 lelaki Melayu menaiki motorsikal dalam keadaan mencurigakan.
Seorang anggota polis dibantu 1 askar telah menahan lelaki tersebut.
"Encik dari mana ya?", tanya anggota polis tersebut.
"Saya dari hospital tengok bini bersalin", jawab lelaki itu.
"Minta IC dan lesen?"
Lelaki tersebut gagal memberikan kad pengenalan dan lesen. Semasa semakan dijalankan enjin motorsikal milik lelaki tersebut masih hidup. Menyedari keadaan tersebut, anggota polis yang membuat pemeriksaan cuba mengambil kunci motorsikal milik lelaki itu.
Tiba-tiba lelaki tersebut bertindak agresif dan memulas throttle motorsikalnya bertujuan untuk melanggar dan lari dari roadblock kami. Nasib baik askar yang membuat pemeriksaan bertindak pantas sempat memegang baju lelaki itu dan menghempasnya ke tar jalan raya.
Berlaku pergelutan dengan lelaki tersebut dan 2 orang askar telah berjaya mengawal keadaan dan lelaki tersebut telah digari. Dalam kekecohan tersebut saya perasan ada seorang apek Cina menaiki Hilux telah merakam adegan sebentar tadi.
Tolong jangan tambah kerja kami
Sekadar gambar hiasan
"Encik tahan Hilux tu!" arahku sambil menunjukkan jari telunjuk ke arah apek Cina tersebut. Anggota polis bertugas berjaya menahan kenderaan tersebut.
"Keluar sekarang! Tengok phone kau nak delete ke kau nak masuk dalam? Delete depan aku sekarang?", kata saya dalam nada tegas.
"Tak mau cik sorry cik sorry sorry", berulang kali apek Cina tersebut meminta maaf sambil menunjukkan kepada saya bahawa dia telah delete rakaman video tersebut.
Tak cukup dengan tu askar yang bertugas ternampak makcik cleaner yang kerja di tol PLUS sedang merakam video juga dengan tangannya memegang telefon bimbit di paras perut. Apa lagi makcik tersebut kena marahlah dengan abang askar pula sampai terkejut dan menangis minta simpati lalu terus delete rakaman video di telefon bimbitnya.
Kesudahannya lelaki yang ditahan tersebut telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap. Hasil semakan lelaki tersebut juga mempunyai rekod jenayah lampau kes samun dan kes rogol.
*****
Kawan-kawan,
Tugas kami sebagai frontliner cukup mencabar dan tertekan. Tolong jangan tambah lagi kerja kami dengan merakam video untuk meraih perhatian semata-semata.
Semua orang nak jadi reporter sekarang. Nanti bila video dah viral macam biasalah, mesti fitnah akan berlaku. Kemudian mulalah keluar tajuk seperti "Polis dan askar pukul orang di roadblock", "Polis dan askar tengking apek Cina" dan macam-macam lagi.
Please.
Sjn Faiz Fitri
Sumber : Faiz Fitri
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment