Pages

Hiburan: Semua Pelajar Akan Disaring Sebelum Dibenarkan Pulang – KP Kesihatan

Hiburan: April 27, 2020 at 10:14AM

Perkembangan terbaru mengenai wabak Covid-19 dilihat positif selepas kes baru yang dilaporkan masih di bawah 100 kes. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah, hanya 40 kes baharu yang dilaporkan hari ini dan mencatatkan kes keseluruhan dalam negara sebanyak 5820 kes.

95 orang sembuh

Sehingga kini sehingga 37 orang berada di ICU manakala 12 orang memerlukan bantuan pernafasan. Terdapat 1 kes kematian berkaitan wabak ini. Justeru jumlah kematian keseluruhan iaitu 99 kes. Kes kematian ke 99 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 78 tahun dan mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan stroke.

Kadar pesakit yang telah sembuh pada hari ini mencatat angka 95 pesakit. Hal ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh sebanyak 3957 pesakit iaitu sebanyak 67.9 peratus

Akan membuat ujian saringan terlebih dahulu

Seperti diumumkan, pelajar dibenarkan memulakan pergerakan secara berperingkat untuk pulang ke kampung  bermula 27 April 2020. Hasil kerjasama Pengajian Tinggi dan Kementerian Kesihatan Malaysia satu garis panduan telah dibangunankan dimana merangkumi aspek kesihatan. Pusat-pusat kesihatan di universiti masing-masing akan membuat ujian saringan sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan.

Tambahnya lagi, satu garis panduan dibangunkan bagi pelajar-pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman. Setiap universiti akan membuat saringan ke atas pelajar sebelum dihantar pulang. Datuk Noor Hisham Abdullah juga berharap agar semua pelajar melakukan langkah-langkah pencegahan bagi mencegah wabak ini.

Sidang media penuh

Sumber : Harian Metro



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular