Hiburan: April 17, 2020 at 09:32AM
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang berusaha sedaya upaya untuk menangani wabak virus Covid-19 yang kian menular. Bukan itu sahaja, para petugas frontliner turut memberi peranan masing-masing dalam situasi sekarang.
Berikutan pengorbanan KKM yang tidak terbalas, seorang kanak-kanak menulis sepucuk surat buat Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebagai tanda penghargaan. Lebih menarik lagi, surat tersebut turut di balas Dr Noor Hisham dengan memberi kata-kata semangat terhadap kanak-kanak itu.
Surat dari Lara
Menerusi surat terebut, kanak-kanak itu bernama Lara dan berumur sembilan tahun. Dia bersekolah di Sekolah Kebangsaan Budiman, Kuala Terengganu. Dia turut melampirkan seutas gelang getah hasil buatan dirinya untuk Datuk Dr Noor Hisham sebagai tanda penghargaan usaha bertungkus-lumus beliau memastikan Malaysia berada dalam keadaan selamat.
Dibalas dengan penuh santun dan tertib
Surat yang comel dibalas KP Kesihatan.
Sesungguhnya Ketua Pengarah Kesihatan kita seorang yang tinggi budi pekertinya, hebat adab dan santunnya, tenang tindakkannya dan tertib tutur katanya.
Sesungguhnya segala puji-pujian itu adalah milik Allah dan diberikan kepada mereka yang terpilih sahaja.
Terima Kasih Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dan kumpulan Frontliners kerana menjaga keselamatan kami.
Menerusi Facebook Mafas Hasan, surat kanak-kanak tersebut telah dibalas oleh Dr Noor Hisham sendiri. Melalui cara penulisan surat mendapati Dr Noor Hisham seorang yang tinggi budi pekerti dan tertib tutur kata.
Surat tersebut mengatakan terima kasih kepada Lara dan seluruh rakyat yang sama-sama duduk rumah bagi membendung penyebaran virus ini. Selain itu, beliau turut mengatakan bahwa gelang pemberian Lara telah dipakai oleh cucunya sebagai tanda terima kasih.
Sumber: Mafas Mohd
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment