Pages

Hiburan: ‘Tekanan Penat Bertugas Hilang Bila Merawat Mereka’ – Lagi Jururawat Cerita Kebaikan Jemaah Tabligh

Hiburan: April 10, 2020 at 07:00AM

Dikala negara sedang dilanda wabak Covid-19, kakitangan perubatan merupakan antara salah satu pihak yang sangat penting dalam membantu menangani penularan wabak maut ini. Pengorbanan yang dicurahkan mereka memang tiada galang gantinya.

Di Facebook, seorang jururawat, Natalia Aivy Dibit yang berkhidmat di hospital Labuan ada berkongsi tentang pengalaman yang tidak dapat dilupakannya sepanjang merawat pesakit Covid-19.

Jemaah tabligh terkesan di hati saya

Jujur, jemaah tabligh amat terkesan di hati saya. Damai dan sejuk terasa. Bayangkan saya naik tangga asrama 2 tingkat rasa nak pitam. Mereka minta saya tarik nafas hembus, mereka tenangkan saya. Mereka berzikir atau entah apa yang mereka sedang ucapkan, tapi sangat tenang. 4 kali saya attend mereka, 4 kali itu mereka duduk berkumpul dan seakan berkhutbah atau berzikir ke apa saya yang dengar pun rasa tenang.

Ada yang tegur saya, nurse ini harumannya lain benar. Saya ingatkan saya berbau ke apa tapi dia kata aura saya lain. Saya pun tahan airmata saja dengar. Saya tak tahu apa maknanya. "Siapa pun kamu, apa pun agama kamu, pekerjaan kamu ini mulia. Anggap ianya satu perjuangan yang agung dan mulia."Saya akan ingat pesan tu sampai bila-bila.Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari perjalanan hidup saya.

'Mereka lain'

Macam-macam orang kata pasal jemaah tabligh tapi sangkaan saya meleset. Mereka lain. Ada yang suruh saya berhati-hati kerana mereka boleh Islam-kan saya tanpa saya sedar tapi saya bukan bodoh. Saya tahu macam mana bunyi 2 kalimah itu dan kalau saya tak ucap sama serta tak angkat jari telunjuk berucap sama dengan mereka, agama saya takkan bertukar. Saya tak suka orang melempar yang negatif pada mereka.

Mereka insan biasa yang belajar agama. Dan bila terjumpa pesakit yang sombong, banyak songeh, saya mula rindu melayan karenah pesakit jemaah tabligh yang menenangkan jiwa. Tekanan penat bertugas jadi hilang bila berdepan mereka. Itulah bezanya. Jangan tambahkan tekanan kami.

Kita ada pilihan dan andai pilihan itu direstui, kita masih manusia biasa. Saya percaya, semua agama itu baik belaka dan mereka adalah mesej yang ingin Tuhan sampaikan agar kita selalu bersiap sedia. Sikap yang membuat kita leka. Pangkat yang membuat kita alpa hingga kita lupa kita hanya manusia biasa. Hiduplah dengan bersederhana kerana bila kita mati, manusia biasa yang akan membantu badan kita hingga selamat dikebumikan. Jangan sombong. Tuhan memberkati.

Sumber: Natalia Aivy Dibit



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular