Hiburan: April 10, 2020 at 09:31AM
Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan sejak 18 Mac lalu dan dijangka berakhir pada 14 April ini. Namun, kes wabak Covid-19 di Malaysia masih belum pulih sepenuhnya sehingga pihak kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan lagi tempoh PKP sehingga 28 April ini. Pengumuman lanjutan tempoh PKP ini diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin pada satu sidang media khas sebentar tadi.
Tempoh PKP dilanjutkan
Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan sudah dilaksanakan hampir sebulan, ianya sedikit sebanyak sudah mengurangkan kes jangkitan. Setakat ini kes-kes positif masih terkawal pada 7 peratus dan masih di bawah paras yang ditetapkan World Health Organization(WHO). Kadar kematian pun sudah rendah iaitu 1.06 peratus dan sebanyak 180 orang pesakit telah dibenarkan keluar dari hospital. 43 peratus pesakit juga dilaporkan telah pulih. Hari ini sahaja 220 orang sudah sembuh dan 118 kes baru dilaporkan, Namun, jika PKP ini diteruskan saya yakin jumlah kes akan menunjukkan penurunan yang berterusan untuk tempoh 2 minggu yang akan datang. Insyallah, kita semua dapat mengawal wabak Covid-19 dari terus menular.
Menurut beliau, tempoh lanjutan PKP dibuat kerajaan kerana ingin membendung keseluruhan kes positif Covid-19. Ini juga merupakan saranan WHO dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia agar tidak menamatkan tempoh PKP dengar kadar segera. Malah, kerajaan juga yakin seandainya kita teruskan PKP dalam tempoh 2 minggu lagi, negara akan pulih daripada wabak berkenaan. Justeru itu, tempoh PKP akan dilanjutkan sehingga 28 April ini.
Sumber: TV3
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment