Pages

Hiburan: ‘Terhad RM150 Sehari’ – Menteri Kanan Jawab Dakwaan Sedia Hotel Mewah Untuk Kuarantin

Hiburan: April 7, 2020 at 08:56AM

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media menjawab kontroversi yang viral di media sosial di mana kerajaan dikatakan menyediakan hotel berstatus lima bintang sebagai pusat kuarantin Covid-19. Menurut Datuk Seri Ismail Sabri, pembiayaan kerajaan adalah serata untuk semua bilik iaitu terhad kepada RM150 sehari termasuk makan dan minum.

Viral di media sosial

Viral di media sosial apabila seorang pengguna memuatnaik keadaan di pusat kuarantin yang terletak di sebuah hotel mewah. Hal ini telah menimbulkan salah faham dan tanda tanya orang ramai apabila individu tersebut mendakwa kerajaan menanggung sepenuhnya kos penginapan termasuk makanan.

45 buah hotel sebagai pusat kuarantin

Ketika menjawab mengapa wujudnya hotel bertaraf empat dan lima bintang, Datuk Seri Ismail Sabri menjawab mereka sudah mengenalpasti 45 hotel yang disenaraikan sebagai pusat kuarantin.

Walaubagaimanapun ada permintaan daripada individu yang ingin dikuarantin, mereka memohon untuk memilih hotel mereka sendiri. Jadi, seperti yang dikatakan hotel yang ditanggung oleh kerajaan adalah hotel yang kosnya RM150. Jika mereka ingin memilih hotel mereka sendiri, dengan bilik yang berbeza.

Mereka perlu membayar sendiri. Ianya tidak ditanggung oleh kerajaan. Peringkat awalnya, kita wujudkan hotel seperti ini kerana kita mendapat permohonan daripada pihak kedutaan luar misalnya. Kerana seperti yang saya sebutkan tadi, tiada pengecualian daripada mereka yang pulang dari luar negara untuk dikuarantinkan termasuk diplomat-diplomat asing.

Kalau mereka balik ke negara kita, mereka juga mesti dikuarantin. Jadi mereka minta untuk tinggal di hotel yang akan dibayar oleh kedutaan masing-masing.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari untuk membendung penularan wabak Covid-19. Tambahnya lagi, sejak 19 Mac, seramai 4,933 orang dikuarantin di seluruh negara dengan 90 pusat kuarantin telah dibuka.

Sumber : Buletin TV3 , Mohd Redzuan Abdul Manap



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular