Hiburan: April 23, 2020 at 03:26PM
Trademark Gaya. Mutu. Keunggulan pernah menjadi satu fenomena hebat sekitar tahun 80-an dan 90 -an. Siapa sangka pemilik suara trademark tersebut merupakan milik Allahyarham Farith Ismeth Emir, 66, yang telah pergi meninggalkan kita semua sekitar jam 11 pagi, 20 April lalu.
Tak pernah lekang dengan nasihat
Kredit: FA IZIN Travel Perak
Turut dikenali sebagai pembaca berita berkaliber di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Allahyarham sering berkongsi kata-kata hikmah berupa nasihat bagi memberikan kelainan sekaligus ianya menjadi trademark dalam penyampaian berita oleh Allahyarham.
DJ Fuzz, yang juga anak kepada allahyarham berkongsi detik-detik terakhir Allahyarham.
Perkara ini berlaku dengan begitu cepat. Tiba-tiba kami sekeluarga dimaklumkan penyakit kanser yang menyerang ayah sudah berada pada tahap empat dan merebak ke organ dalaman. Selepas mendapati keadaan bapa semakin kritikal, doktor memberi keizinan kepada kami untuk melawatnya di hospital, semalam.
Keadaan ayah agak membimbangkan tetapi dia masih mengenali kami adik- beradik dan boleh bersembang. Arwah kemudian mendapat rawatan di Hospital Assunta, Petaling Jaya sehingga disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi. Itulah kali terakhir kami berjumpa dengannya. Saya dimaklumkan, arwah pergi dengan cukup tenang,"
Kredit: BH Online
Kredit: officialdjfuzz
DJ Fuzz atau nama sebenarnya Farzwa De-Attaher Emir yang juga rapper terkenal tanah air, menyatakan bahawa Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Medan, PJS 4, Petaling Jaya, selepas Zohor.
Alhamdulillah, proses pengebumian lancar dan mematuhi arahan yang ditetapkan iaitu membabitkan 10 orang sahaja yang menguruskannya
Mesra digelar Pak Ngah oleh rakan sekerja!
Kredit: The Inspirasi
Mengimbau kembali detik Allahyarham sebagai pembaca berita di RTM selama 30 tahun, rakan sekerja menyatakan Allahyarham lebih dikenali sebagai Pak Ngah dalam kalangan rakan sekerja. Beliau merupakan seorang yang sangat mesra bahkan beliau tak pernah lokek berkongsi ilmu.
Gaya. Mutu. Keunggulan- Suara Allahyarham pernah jadi fenomena
Bukan itu saja, kami yakin korang biasa tengok iklan rokok Dunhill yang mengetengahkan slogan gaya, mutu, keunggulan, pada satu masa dulu, betul tak?
Bagi korang yang tak tahu, Allahyarham adalah pemilik suara kepada iklan tersebut dan suaranya telah mencetuskan fenomena sekitar tahun 80-an hingga awal 90-an. Masa ni, pergi mana pun korang akan dengar slogan gaya, mutu, keunggulan di corong-corong radio dan televisyen.
Berikut admin selitkan sedikit biodata ringkas Allahyarham, Farith Ismeth Emir.
Nama: Farith Ismeth Emir
Tarikh lahir: 26 Oktober 1954
Asal: Teluk Intan, Perak
Kerjaya: Pembaca Berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM)
Latarbelakang: Bernikah dengan Noor Ashikin Othman yang juga merupakan pensyarah universiti dan pakar pemakanan. Memiliki 7 orang anak antaranya ialah Farzwa De-Attaher Emir atau lebih dikenali sebagai Dj Fuzz. Allahyarham pernah terlibat dalam bidang perhotelan selama 13 tahun sebelum terlibat secara langsung dalam bidang suara komersial dan penyiaran Malaysia.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment