Pages

Hiburan: ‘Tunggang Motor Ni Ibarat Nyawa Kita Atas Jalan’-Mekanik MotoGP Kongsi Tips Jaga Motosikal!

Hiburan: April 13, 2020 at 04:30AM

Weyh, jalan jammed. Lambatlah aku nak pergi date macam ni!

Korang pernah berada dalam situasi macam ni? Stuck dalam kesesakan jalan raya pada situasi genting? Kalau korang nak tau, faktor inilah yang menjadi penyebab utama kenapa warga kota memilih motosikal sebagai pengangkutan utama mereka dalam kehidupan seharian.

Menunggang motosikal bukan saja menjimatkan kos sara hidup, malah perjalanan korang pon menjadi lebih pantas. Tapi korang tau tak walaupun korang menunggang motosikal, korang masih perlu pastikan motosikal korang diselenggara mengikut waktu supaya berada dalam keadaan terbaik.

Mekanik MotoGP kongsi tips jaga motosikal!

Selalunya kalau kereta korang boleh jaga dan hantar servis selepas mencapai had penggunaan. Kenapa tidak lakukan perkara yang sama dengan motosikal korang?

Jangan tau tunggang je, sebab tu kali ni kami nak share sikit tips daripada mekanik berpengalaman yang mengendalikan jentera Moto2 dan Moto3 pasukan PETRONAS Sprinta Racing yang dikenali sebagai Habib Matgyver tentang penjagaan motor. Memang simple tapi korang buat tak?

1) Prihatin dengan keadaan motosikal


Ni aspek yang paling ramai terlepas pandang, selalunya tau tunggang je tapi tak perhatikan pun komponen pada motosikal. Kalau korang nak tau, bagi motosikal on the road (digunakan setiap hari), komponen paling penting yang korang kena titik beratkan ialah tayar.

Korang kena pastikan tayar motosikal korang sentiasa dalam keadaan baik dan tidak botak, ini kerana tayar membantu kelancaran penunggangan korang, selain jika korang melakukan brek kecemasan, tayar yang baik dapat memberikan cengkaman yang lebih kuat dan dapat mengelakkan korang daripada kecelakaan.

2) Pastikan motosikal seimbang dari semua aspek

Apa maksud keseimbangan motosikal? Haa.. Kesimbangan motosikal ialah aspek persediaan bagi keseluruhan jentera yang korang tunggang. Pastikan korang tak sesuka hati mengubah mana-mana komponen pada motosikal korang tanpa bantuan pakar.

Menunggang motorsikal nyawa kita atas jalan-Habib, Mekanik MotoGP

Keseimbangan motor ni penting kerana jika salah satu komponen motor gagal bertindak balas dengan baik, nyawa penunggang diancam bahaya. Sebagai contoh, korang menunggang motor dalam keadaan laju tapi sistem brek dengan tayar tidak seimbang dengan kuasa enjin. Jadi, motor korang akan berada diluar kawalan dan boleh menjadi punca kemalangan.

3) Tukar minyak pelincir untuk kelancaran enjin motosikal

Bagi motosikal on the road, kelancaran enjin amat penting. Macam yang korang biasa lalui, menunggang motor banyak stop and go, jadi, kelancaran enjin perlu dititikberatkan untuk keselesaan penunggang.

Jika korang tidak selesa dengan handle motor, korang boleh menukarnya bagi memastikan tangan korang tak mudah lenguh dan penat apabila menunggang motosikal untuk tempoh yang lama. Tapi bagaimana pula nak memastikan kelancaran penukaran gear atau klac untuk penunggangan yang selesa?

Kat sinilah minyak pelincir memainkan peranan penting, yang berfungsi sebagai penjaga sistem operasi enjin daripada mengalami masalah kekejangan atau kehausan komponen akibat geseran semasa enjin berputar.

Penggunaan minyak pelincir dapat melancarkan mekanisme enjin seperti piston, rod, klac serta kotak gear. Minyak pelincir ni akan masuk disetiap celah dan rongga komponen enjin untuk menstabilkan suhu akibat cuaca panas. Sebab tulah korang kenalah pastikan minyak enjin yang korang gunakan berkualiti bagi memastikan kelancaran dan penjagaan enjin ke tahap maksima.

Minyak pelincir Petronas Sprinta UltraFlex™ , pilihan utama pelumba di litar lumba!

Kalau korang nak tau, teknologi UltraFlex™  diformulasikan daripada molekul adaptif yang lebih baik untuk menangani sebarang kesan akibat tekanan ke atas enjin dan memanjangkan jangka hayat enjin motosikal.

Minyak enjin ini juga diuji telah daripada pengalaman sebenar pelumba motosikal dalam Kejuaraan Dunia MotoGP. PETRONAS kemudian menyesuaikan penggunaannya supaya serasi dengan situasi tunggangan, kondisi dan situasi di jalan raya.

Teknologi UltraFlex™ direka bagi melindungi komponen penting motosikal seperti enjin, klac dan gear. Walaupun korang menunggang dalam RPM tinggi, PETRONAS Sprinta UltraFlex™ mampu kekalkan kekuatan filem, kestabilan dan kelikatan minyak dengan melindungi komponen kritikal enjin daripada suhu dan tekanan melampau.

Selain tu, PETRONAS Sprinta UltraFlex™ mampu mengurangkan enapan sehingga 55% dan memberi perlindungan enjin 41% lebih tinggi berbanding minyak enjin biasa.

Kalau korang nak tengok lebih lagi tentang rahsia penjagaan motosikal daripada mekanik berpengalaman MotoGP, korang boleh saksikan video kat atas ni.

So, dah ready nak berikan yang terbaik untuk motosikal korang? Jangan ragu-ragu lagi! Jom bertukar je kepada PETRONAS Sprinta UltraFlex™ hari ini!



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular