Hiburan: April 8, 2020 at 01:59PM
Bantuan Prihatin Nasional (BPN) mula disalurkan kepada orang ramai sejak isnin lalu selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac sehingga 14 April 2020. Bagi yang layak, duit bantuan telah diagihkan mengikut bank masing-masing.
Di Facebook, seorang anggota berkuasa yang sedang bertugas, Khairul Zulkefli berkongsi video seorang warga emas OKU yang dikatakan mahu ke pasar raya berdekatan membeli barang keperluan harian. Video tersebut meraih simpati netizen kerana dia hanya pergi berseorangan tanpa sebarang teman dalam keadaan berkerusi roda.
Tiada siapa teman bantu beli barang
Mak cik ni OKU, dia nak pergi pasaraya NSK, tapi takda mask. So kami bagi mask dan glove pada makcik ni. Dia sorang-sorang je pergi beli barang, takda siapa yang bantu dia. Beli barang pun lepas dapat bayaran BPN. Semoga dipermudahkan segala urusan mak cik ini.
Menerusi rakaman tersebut, kelihatan seorang anggota askar yang berada di tempat kejadian memberi topeng muka dan sarung tangan getah kepada warga emas tersebut. Hal ini sebagai langkah berjaga-jaga agar warga emas tersebut tidak dijangkiti sebarang virus.
Tinggal berseorangan
Menerusi perbualan bersama warga emas tersebut, dia mengatakan bahawa dia duduk di kawasan Kampung Laksamana. Dia turut memberitahu bahawa dia tinggal berseorangan tanpa anak mahupun sanak saudara. Tambahnya lagi, dia sudah biasa pergi membeli barang keperluan seorang diri.
Sumber: Khairul Zulkefli
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment