Hiburan: April 8, 2020 at 08:40AM
Penularan wabak Covid-19 di Indonesia telah mencatatkan rekod 2738 kes positif dan mengorbankan 221 pesakit. Ekoran itu, kerajaan Indonesia turut mengisytiharkan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP). Walau bagaimanapun, terdapat segelintir masyarakat Indonesia ingkar dengan perintah tersebut kerana mata wang pencarian mereka terbatas. Menerusi Facebook Yazid Ajid, berkongsi satu video pertengkaran antara beberapa penduduk setempat bersama pihak berkuasa.
2 minggu kami tak makan
Mereka mengatakan bahawa tiada beza jika mereka mati akibat virus berkenaan dengan mati kerana kelaparan. Mereka keluar untuk mencari rezeki kerana mendakwa tiada bantuan khusus untuk mereka meneruskan kehidupan semasa PKP dijalankan. Ada yang mengatakan bahawa sudah 2 minggu mereka tidak makan kerana tiada sumber pendapatan. Situasi tegang itu berlaku apabila pihak berkuasa tempatan mengarah mereka untuk pulang ke rumah masing-masing.
Selamatkan nasib 6 juta pekerja
Bagi membela nasib rakyat, Presiden Indonesia, Joko Widodo akan berusaha menyelamatkan nasib lebih 6 juta pekerja yang terkesan dengan PKP ini. Beliau akan meggunakan program Kad Pekerja dan memberi inisiatif khusus melalui BP Jamsostek.
Individu layak terima RM950
Sekurang-kurangnya enam juta pekerja boleh dilindungi untuk mendapat sokongan.
Bantuan ini diberikan kepada komuniti untuk meningkatkan daya beli untuk memenuhi keperluan asas. Minggu ini kerajaan melancarkan.
Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kewangan Belanjawan, Askolani, sekitar 5 hingga 6 juta mangsa pemberhentian dan pekerja tidak formal akan dimasukkan menerusi program Kad Pra-Pekerjaan. Mereka akan menerima dana sebanyak RM266 untuk satu latihan dan RM160 sebulan selama empat bulan. Mereka turut menerima RM13 sebulan selama 3 bulan dari pengisian maklumat yang dilakukan. Hal ini menjadikan setiap individu bakal menerima RM950.
Sumber: Yazid Ajid
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment