Hiburan: April 22, 2020 at 07:09AM
Sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan kerajaan, Ustaz Ebit dilihat bertungkus lumus berusaha menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan khususnya petugas barisan hadapan dan orang susah. Pelbagai gambar dan video dikongsikan oleh pendakwah tersebut sehingga membuatkan ramai terharu dan sebak.
Namun, seorang pendakwah Ustaz Abu Syafiq didakwa memuat naik status seakan kurang bersetuju dengan apa yang dilakukan Ustaz Ebit Lew.. Menurutnya, meletak gambar dan video orang miskin yang susah sehingga memalukan mereka adalah perbuatan haram.
Didakwa tuju untuk Ustaz Ebit Lew?
Status ini menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen sehingga membuatkan ramai mengkritik beliau. Tak tahan dikecam, Ustaz Abu Syafiq beri penjelasan sebenar mengenai perkara ini menerusi Facebook Live miliknya.
Saya tak tahu apa-apa
Kenyataan saya itu adalah berdasarkan pertubuhan di negara luar dan kesannya ada berlaku di negara kita di Malaysia. Derma itu tidak disalurkan dengan betul. Saya tak tahu langsung mengenai ustaz itu. Bukan dituju kepada 'dia'. Saya tak tahu langsung. Demi Allah saya tak tahu ustaz yang dimaksudkan menayangkan gambar-gambar dan video tersebut.
Menurutnya, dia hanya fokuskan kepada fatwa ulama Mesir yang mengharamkan tayangan gambar atau video orang miskin yang diberi bantuan kerana bimbang akan memalukan mereka. Tambahnya lagi, kita sebagai umat Islam harus menutup aib sebagaimana Allah menutup aib kita semua.
Respon netizen
Sumber : Mohd Amirul Aizad
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment