Pages

Hiburan: [VIDEO] Ingkar Arahan Bersurai PKP, 26 Individu ‘Check In’ Lokap

Hiburan: April 17, 2020 at 11:33AM

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 28 April ini tidak membenarkan mana-mana individu untuk keluar dari rumah, apatah lagi berkumpul dalam kumpulan. Namun sekumpulan lelaki bersikap degil dengan tidak mematuhi arahan polis agar bersurai dari menghadiri satu upacara pengebumian. Hasil laporan Harian Metro, seramai 26 lelaki di Taman Intan, Kapar, Klang telah ditahan berikutan mengendah arahan pihak polis.

50 orang terlibat dalam perarakan

Setiba di lokasi, polis beberapa kali memberi amaran supaya bersurai dan tidak berarak, tetapi terdapat beberapa individu masih berdegil.

Bertindak di atas pengingkaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk bersurai, polis menangkap 26 lelaki di sekitar lokasi itu.

Menerusi perkongsian video di Facebook memaparkan sekumpulan lelaki bermotosikal berarak dipercayai bagi tujuan pengebumian. Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh, kira-kira seramai 50 individu yang terlibat dalam upacara perarakan pengebumian itu. Pihak polis berjaya menahan 26 lelaki yang dipercayai masih berdegil dengan amaran pihak polis. Semua yang ditahan berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an.

Bapa si mati bakal direman

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966, Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Kesemua suspek akan direman selama empat hari bermula dari tarikh 17 April hingga 20 April, manakala bapa si mati yang berumur lingkungan 40-an akan direman esok.

Semua suspek bakal direman selama empat hari manakala bapa kepada si mati akan direman esok.

Sumber: Harian Metro



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular