Hiburan: April 8, 2020 at 07:29AM
Rancangan realiti popular dari negara Korea iaitu The Return of Superman yang disiarkan di saluran KBS semakin mendapat perhatian ramai. Gelagat dan telatah spontan kanak-kanak dalam rancangan ini sememangnya mencuit hati setiap penonton.
Terbaru, seorang pengguna Twitter, Nabilla ada memuat naik satu video yang memaparkan gelagat 3 orang anak kecil yang sedang berbual mengenai 'percintaan'. Kelakar!
Bijak lah budak ni
kenapa nak pakai satu je couple ring, jari kan ada lima? hahahah kecik2 dah playboy william ni pic.twitter.com/J7JI4USzxr
— Bella (@nabilla_94) April 5, 2020
Menerusi video tersebut, seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali dengan nama William Tae-oh Hammington (berbaju putih) bertanya kepada rakannya, Kang Hoon (berbaju merah) samada dia memiliki teman wanita ataupun tidak. Menjawab kepada soalan itu, Kang Hoon mengakui bahawa dia tidak mempunyai teman istimewa tetapi lain pula yang jadinya apabila William dengan spontannya memberitahu rakannya itu yang dia kini memiliki 3 orang teman wanita iaitu Ji Na, Ha Yul dan Sa Bin.
Terkejut dengan jawapan tersebut, Kang Hoon menjelaskan kepada William bahawa dia tidak sepatutnya mempunyai ramai teman wanita kerana kelak ketika dia sudah dewasa nanti perbuatannya itu tidak akan disukai ramai orang. Menceritakan kisah itu, Kang Hoon berkata setiap pasangan yang bercinta akan memiliki 'couple ring' dan cincin tersebut perlu dipakai oleh mereka. Apa yang lebih mencuit hati apabila William dengan selambanya mempersoalkan mengapa hanya satu cincin sahaja perlu dipakai sedangkan setiap manusia mempunyai lima jari pada setiap tangan.
Cuba nak jadi pelawak
since this blow up, nak share lagi satu video william flirt dng Hayul.
william: do you like me?
hayul: yes. im shy! but your pants… hahahahaha aku xnak tgok sorg pic.twitter.com/4d34q7bWHj— Bella (@nabilla_94) April 7, 2020
Comel lah William
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat kanak-kanak comel ini. Tidak kurang juga ada yang menyifatkan mereka ini merupakan kanak-kanak yang sangat bijak dan kelakar.
Sumber: Nabilla
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment