Pages

Hiburan: [VIDEO] Ucapan Hari Jadi Paling Kreatif Kanak-Kanak 4 Tahun Untuk Dr Noor Hisham

Hiburan: April 21, 2020 at 07:10AM

Tanggal 21 April merupakan tarikh ulang tahun kelahiran Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Rata-rata rakyat memberi ucapan 'Selamat Hari Lahir' kepada beliau kerana telah menjadi hero di saat wabak Covid-19 ini melanda Malaysia.

Bukan itu sahaja, satu video kreatif perkongsian Saifulizan di Facebook memaparkan seorang kanak-kanak perempuan membuat satu video khas sempena ulang tahun kelahiran Dr Noor Hisham. Telatah kanak-kanak itu mendapat pujian netizen.

Ah Gong, pakai mask

Antara babak yang dilakonkan oleh kanak-kanak bernama Shanice Lim berumur 4 tahun itu ialah tidak membenarkan neneknya untuk keluar dari rumah. Selain itu, dia turut memberi atuknya sekeping topeng muka untuk dipakai sepanjang waktu ini. Di samping itu, dia turut memberi pesanan agar sentiasa mencuci tangan bagi menjaga kebersihan diri.

Dr Hisham cakap tak boleh keluar

Telatah comel kanak-kanak ini mendapat perhatian ramai kerana dia petah berbahasa Melayu walaupun dia seorang berbangsa Cina.

Sumber: Saifulizan



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular